Najib: PH Tidak Pernah MENAFIKAN MAHU Jual 25% Kepentingan Pertronas

Najib: PH Tidak Pernah MENAFIKAN MAHU Jual 25% Kepentingan Pertronas - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Najib: PH Tidak Pernah MENAFIKAN MAHU Jual 25% Kepentingan Pertronas, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Najib: PH Tidak Pernah MENAFIKAN MAHU Jual 25% Kepentingan Pertronas
link : Najib: PH Tidak Pernah MENAFIKAN MAHU Jual 25% Kepentingan Pertronas

Baca juga


Najib: PH Tidak Pernah MENAFIKAN MAHU Jual 25% Kepentingan Pertronas


Media antarabangsa telah melaporkan bahawa menteri-menteri kerajaan PH sudah pun memulakan rancangan dan pengaturan untuk menjual 25% kepentingan Petronas melalui satu penyenarain di bursa saham.https://bit.ly/2AJmKwz

Apabila ditanya oleh media bisnes tempatan sebulan lalu, PM ke-7 juga tidak menafikan bahawa langkah untuk menjual Petronas sedang dibincang.

"“We haven’t decided. We will let you know when the time comes,” the PM told the media ", mengikut petikan laporan media itu. (Kami belum buat keputusan. Kami akan beritahu anda apabila tiba saatnya).

Media tempatan ini melaporkan bahawa penjualan 25% saham dalam Petronas bakal memberi dana sebanyak RM200 bilion kepada kerajaan PH yang boleh digunakan untuk menutup kehilangan hasil GST setiap tahun dan untuk menutup defisit belanjawan PH yang lebih besar yang dijangka akan berterusan untuk beberapa tahun. https://bit.ly/2E8S5x0

Penjualan dan penyenaraian Petronas ini sangat dinanti-nantikan oleh pelabur asing.

Media Jepun terunggul Nikkei pernah melaporkan pada Jun lalu memetik presiden dan pemilik syarikat Filipina San Miguel yang juga pemilik syarikat minyak Petron sebagai berkata bahawa kerajaan Malaysia akan melakukan proses penswastaan dan penjualan aset secara besar-besaran tidak lama lagi.

Presiden San Miguel berkata ini peluang yang baik untuk mereka kerana mereka sangat berminat terhadap aset petroleum dan sumber tenaga Malaysia. https://s.nikkei.com/2E93Mne

Laporan Nikkei ini tidak pernah dinafikan oleh mana-mana pemimpin PH setakat ini.

Beberapa bulan ini, saya pernah menulis bahawa aset Petronas sudah naik lebih dari satu kali ganda semasa tempoh pentadbiran saya dan aset wang tunai Petronas sudah melambung kepada RM150 bilion sebelum PH mengambil alih kerajaan.

Kita juga telah dimaklumkan bahawa kerajaan PH akan memaksa Petronas untuk membayar dividen sebanyak RM82 bilion kepada mereka untuk tahun ini dan tahun depan. Ini satu penjarahan.

Saya juga pernah tulis bagaimana projek RAPID Petronas yang kini telah beroperasi dan pelaburan Petronas di projek gas di Kanada akan banyak menguntungkan dan menjamin masa depan Petronas dan negara.

Oleh itu, saya sangat harap bahawa Petronas tidak akan dijual oleh kerajaan PH tidak lama lagi seperti penjualan syarikat MNC bertaraf global IHH Berhad secara rundingan terus tanpa tender oleh Khazanah kepada negara Jepun minggu lepas.

Biar Petronas terus memain peranan sebagai rizab dan Khazanah masa depan untuk seluruh rakyat Malaysia dan negeri-negeri pengeluar minyak seperti Kelantan, Pahang, Terengganu, Sabah dan Sarawak - bukan untuk pihak swasta dan untuk kepentingan syarikat asing.

Oleh : Najib Razak   #CelahGelegar

(Yang Berhormat Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak (lahir 23 Julai 1953) ialah ahli politik Malaysia dan merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia ke-6, yang mana beliau menjawat jawatan dari 3 April 2009 hingga 9 Mei 2018. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai bekas Menteri Kewangan dan pada masa ini masih merupakan Ahli Parlimen Pekan, Pahang)



Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Najib: PH Tidak Pernah MENAFIKAN MAHU Jual 25% Kepentingan Pertronas

Sekianlah artikel Najib: PH Tidak Pernah MENAFIKAN MAHU Jual 25% Kepentingan Pertronas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Najib: PH Tidak Pernah MENAFIKAN MAHU Jual 25% Kepentingan Pertronas dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/12/najib-ph-tidak-pernah-menafikan-mahu.html

Subscribe to receive free email updates: