Judul : Siti Kassim TERKELUAR, Geng sokong ICERD hanya Minoriti dalam majlis Peguam
link : Siti Kassim TERKELUAR, Geng sokong ICERD hanya Minoriti dalam majlis Peguam
Siti Kassim TERKELUAR, Geng sokong ICERD hanya Minoriti dalam majlis Peguam
24 Rabiulawal 1440H, Ahad – Keputusan pemilihan pusingan pertama Jawatankuasa Majlis Peguam yang diumumkan semalam, menyaksikan calon menyokong meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), tersingkir.
Keputusan itu sekali gus menyaksikan peguam yang menyokong mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan menolak ICERD lebih ramai iaitu lapan berbanding dua.
Calon yang tewas termasuk, peguam kontroversi Siti Zabedah Kasim (Siti Kasim).
Pengamal undang-undang yang juga aktivis Concerned Lawyers for Justice (CLJ), Aidil Khalid menyifatkan kemenangan itu sebagai wadah di mana peguam yang berpendirian mempertahanan Perlembagaan Persekutuan untuk bersuara.
“Alhamdulillah, keputusan pemilihan Jawatankuasa Majlis Peguam baru sahaja diumumkan.
“Melalui pemilihan ini, para peguam serata Negeri-Negeri Tanah Melayu telah bersuara. Bak kata Tuan Lukman, kita telah stand and be counted, untuk menyapu dan menyingkir keluar anasir-anasir anti-Perlembagaan,” katanya dalam satu catatan di Facebook, semalam.
Antara calon berhaluan kanan yang menang, termasuk peguam Lukman Sheriff, Yusfarizal Yusof serta beberapa yang lain, manakala calon liberal yang tersingkir, termasuk Siti Kasim.
“Calon-calon yang jelas pendirian mereka untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan menolak ICERD seperti Tuan Lukman Sheriff, Tuan Yusfarizal Yusof dan rakan-rakan telah menang dan terpilih; manakala calon-calon yang menyokong ICERD seperti Siti Kasim and the gang telah disapu keluar,” katanya.
Katanya, kemenangan itu membuktikan bahawa melalui perpaduan ummah, orang Melayu boleh mengambil alih Majlis Peguam dan mengembalikannya ke landasan yang lurus, sesuai dengan matlamat asalnya yang suci.
Aidil berkata, daripada 10 calon-calon yang disarankan selamat untuk diundi, 8 telah terpilih masuk, dan ini adalah satu pencapaian yang sangat membanggakan.
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel Siti Kassim TERKELUAR, Geng sokong ICERD hanya Minoriti dalam majlis Peguam
Sekianlah artikel Siti Kassim TERKELUAR, Geng sokong ICERD hanya Minoriti dalam majlis Peguam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Siti Kassim TERKELUAR, Geng sokong ICERD hanya Minoriti dalam majlis Peguam dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/12/siti-kassim-terkeluar-geng-sokong-icerd.html