Judul : (Benarkan Mereka Takut?) SPRM digesa siasat Nga Kor Ming
link : (Benarkan Mereka Takut?) SPRM digesa siasat Nga Kor Ming
(Benarkan Mereka Takut?) SPRM digesa siasat Nga Kor Ming
Kisah November 2018
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat dakwaan rasuah terhadap Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming seperti yang ditulis dalam blog ahli perniagaan, Koon Yew Yin pada 5 November lalu.
Peguam, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz berkata, dalam tulisan bertajuk 'Bagaimana Nga Kor Ming membenarkan Menteri Besar Perak mengeluarkan Koon dari Majlis Penasihat' yang sudah dipadamkan tersebut, Yew Yin mengakui telah memberi sumbangan sebanyak RM300,000 kepada Kor Ming.
“Pemberian wang tersebut adalah sebagai balasan kepada janji Pakatan Harapan Perak untuk melantik Koon Yew sebagai penasihat ekonomi negeri Perak dan beliau kecewa apabila akhirnya tidak dilantik ke jawatan tersebut.
“Selepas memadamkan artikel terbabit, Yew Yin kemudiannya menulis artikel baharu bertajuk 'Permohonan maaf Koon kepada Nga Kor Ming' pada 6 November. Namun dalam tulisan baharu tersebut beliau tidak menafikan isi kandungan artikel pertama,” katanya ketika ditemui di ibu pejabat SPRM Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Sementara itu, Mohd. Khairul turut meminta suruhanjaya tersebut menyiasat Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu susulan artikel pada 2 November di blog yang sama bertajuk 'Sultan Perak tidak berhak menghalang pelantikan saya'.
Dalam artikel terbabit, Yew Yin turut mengaku menyumbang ratusan ribu ringgit kepada parti-parti dalam Pakatan Harapan sebagai balasan jawatan penasihat ekonomi negeri Perak yang dijanjikan kepadanya. - UTUSAN ONLINE
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel (Benarkan Mereka Takut?) SPRM digesa siasat Nga Kor Ming
Sekianlah artikel (Benarkan Mereka Takut?) SPRM digesa siasat Nga Kor Ming kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel (Benarkan Mereka Takut?) SPRM digesa siasat Nga Kor Ming dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2019/01/benarkan-mereka-takut-sprm-digesa.html