Tidak benar saya halang Husni tahu tentang wang SRC dibeku – Najib

Tidak benar saya halang Husni tahu tentang wang SRC dibeku – Najib - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tidak benar saya halang Husni tahu tentang wang SRC dibeku – Najib, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tidak benar saya halang Husni tahu tentang wang SRC dibeku – Najib
link : Tidak benar saya halang Husni tahu tentang wang SRC dibeku – Najib

Baca juga


Tidak benar saya halang Husni tahu tentang wang SRC dibeku – Najib


[11 Disember 2019]

Bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah tidak dihalang mendapatkan maklumat tentang kedudukan wang SRC International berjumlah RM3 bilion yang dibekukan di Switzerland, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sebaliknya bekas Perdana menteri itu berkata, juruaudit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah pergi ke negara itu terlebih dahulu sebelum Husni membuat permohonan tidak rasminya.
Tambah beliau, juruaudit yang menilai kedudukan kewangan dilaporkan berpuas hati terhadap lawatannya itu.
Tidak benar (bahawa saya bimbang Husni dapat mengetahui bahawa wang itu telah dicuri) dan tidak benar (saya tidak mahu ‘muslihat’ kamu diketahui apabila seorang menteri Kabinet kamu ke Switzerland).
“Permohonan (Husni mahu ke Switszerland) itu tidak rasmi, ia cuma diperkatakan sekarang, saya diberitahu bahawa ada delegasi sebelumnya yang pergi ke sana bagi pihak 1MDB termasuk juruaudit, mereka berpuas hati dengan apa yang mereka dapati dalam lawatan itu,” katanya.
Pada 6 Ogos yang lalu Ahmad Husni memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau telah memohon untuk mengetuai delegasi dalam menyelesaikan masalah dana SRC International Sdn Bhd yang dibekukan di Switzerland tetapi Najib yang ketika itu juga Menteri Kewangan I tidak bersetuju.
Husni selain itu pernah memaklumkan, difahamkan bahawa dana syarikat itu yang berjumlah RM3 bilion telah dibekukan oleh pihak berkuasa Switzerland atas kesalahan pengubahan wang haram.


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Tidak benar saya halang Husni tahu tentang wang SRC dibeku – Najib

Sekianlah artikel Tidak benar saya halang Husni tahu tentang wang SRC dibeku – Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tidak benar saya halang Husni tahu tentang wang SRC dibeku – Najib dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2019/12/tidak-benar-saya-halang-husni-tahu.html

Subscribe to receive free email updates: