Judul : Kucing Duduk Atas Remote TV,Baru Sedar Pak Andak Dah Tak Ada
link : Kucing Duduk Atas Remote TV,Baru Sedar Pak Andak Dah Tak Ada
Kucing Duduk Atas Remote TV,Baru Sedar Pak Andak Dah Tak Ada
Kucing Duduk Atas Remote TV,Baru Sedar Pak Andak Dah Tak Ada
Kuala Lumpur: "Ayah tanya bila kad kahwin saya akan siap kerana dia nak berikan kepada rakan-rakannya," kata Nur Alia Muliyani, 27, anak kedua pelakon veteran, Idris Mat Diah, 61, yang meninggal dunia awal pagi hari ini.
Nur Alia yang akan berkahwin pada hujung tahun ini berkata, dia tidak menyangka pertanyaan itu antara petanda pelakon drama bersiri popular 7 Hari Mencintaiku 2 ini akan meninggalkan mereka buat selama-lamanya.
"Saya tak terfikir apa-apa dan suruh dia tunggu kerana kad belum siap. Memang saya tak mengesyaki apa-apa dan tak tahu rupanya itu soalan terakhir ayah kepada saya," katanya kepada Harian Metro.
Menurut Alia, bapanya menghidap kencing manis, tetapi sukar ditentukan tahapnya kerana dia sudah lama tidak membuat pemeriksaan.
"Ayah memang tak makan ubat, tapi kami sekeluarga jaga pemakanan dia. Ayah pun jarang makan di luar dan sejak akhir-akhir ini selera makannya tiada. Dia kurang makan. Saya dan emak bagi makanan yang dia suka tapi itu pun dia tak makan," katanya.
Idris juga mengikuti rutin berpantang makan, namun sesekali dibenarkan merasa pelbagai menu seperti masakan bergoreng dalam kadar sedikit.
"Kami satu keluarga amalkan minum air masak. Minuman bergula hanya dihidangkan untuk tetamu. Ia bukan dipraktikkan sejak ayah sakit, tapi disebabkan mak juga ada masalah jantung.
"Ayah meninggal mengejut mungkin salah satu sebabnya kerana dia tak makan. Selera sudah tiada, malah nak mengunyah makanan pun tak boleh," katanya.
Menurut Alia, bapanya suka berehat di rumah dan jika keluar pun hanya untuk bertemu rakan-rakan.
"Dia sangat menghargai mereka. 7 Hari Mencintaiku 2 adalah drama terakhir lakonannya. Satu perangai ayah, dia bukan jenis yang suka bawa cerita kerja di rumah. Sepanjang 27 tahun hidup, saya tak pernah tanya berkenaan drama lakonan dia.
"Kalau dia nak cerita, dia akan cerita. Kami tak nak bagi dia 'stress'. Begitu juga saya tak bawa hal kerja di rumah. Kami hanya fokus pada urusan keluarga," katanya.
Menurutnya, setiap kali rakan-rakan bapanya bertanyakan drama lakonan beliau, mereka hanya menjawab dia terbabit dengan penggambaran.
"Kami memang tak tahu drama apa. Seperti kata rakan-rakannya, karakter ayah di luar dan dalam drama sama sahaja iaitu 'soft spoken', cuma dia ada barannya tapi bergantung pada situasi dan keadaan," katanya.
Terdahulu, Idris yang popular dengan watak Pak Andak dalam drama bersiri 7 Hari Mencintaiku 2 disahkan meninggal dunia di rumahnya di Putrajaya, pada jam 2.30 pagi.
Alia berkata, bapanya ditemui dalam keadaan pucat dan tubuhnya sejuk di depan kaca TV di tingkat bawah kediaman mereka.
"Ayah memang suka tengok TV seorang diri sampai lewat pagi kerana dia susah nak tidur malam. Mak hanya sedar apabila dengar suara TV makin kuat dan apabila turun didapati kucing berada di atas 'remote control' TV.
"Dalam masa sama emak lihat keadaan ayah terlantar dan perasan situasi yang berlaku. Memang terkejut kerana ayah tak tunjukkan tanda-tanda sakit," katanya.
Sementara itu, jenazah Idris selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Lagong, Kepong pada jam 11 pagi.
Turut hadir memberi penghormatan terakhir ialah rakan seangkatan Allahyarham antaranya Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Zaidi Omar dan Mubarak.
Idris meninggalkan seorang balu, Che Hawa Abu Bakar, 60, dan dua anak iaitu Muhammad Afiq Husaini, 28, dan Nur Alia Muliyani, 27.
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel Kucing Duduk Atas Remote TV,Baru Sedar Pak Andak Dah Tak Ada
Sekianlah artikel Kucing Duduk Atas Remote TV,Baru Sedar Pak Andak Dah Tak Ada kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kucing Duduk Atas Remote TV,Baru Sedar Pak Andak Dah Tak Ada dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2020/09/kucing-duduk-atas-remote-tvbaru-sedar.html