Wanita Kongsi Kisah Seram Ketika Teman Ibu Di Hospital

Wanita Kongsi Kisah Seram Ketika Teman Ibu Di Hospital - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wanita Kongsi Kisah Seram Ketika Teman Ibu Di Hospital, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wanita Kongsi Kisah Seram Ketika Teman Ibu Di Hospital
link : Wanita Kongsi Kisah Seram Ketika Teman Ibu Di Hospital

Baca juga


Wanita Kongsi Kisah Seram Ketika Teman Ibu Di Hospital

 Wanita Kongsi Kisah Seram Ketika Teman Ibu Di Hospital


Sebut sahaja “kisah seram di hospital”, pasti terlintas dalam fikiran kita pelbagai cerita-cerita menakutkan yang biasa berlaku di hospital.

Ada yang pernah seru nama, ada yang ternampak lintasan, ada yang bau pelik-pelik dan banyak lagi.

Sama juga yang berlaku kepada netizen bernama Qilah Bakar ini, dia sendiri pernah kena ‘ikut’ oleh makhluk tidak dikenali ketika berada di dalam tandas.

Nak tahu ceritanya? Mari baca perkongsiannya di group Facebook Kelab Cerita Hantu Malaysia di bawah ini.


Gambar sekadar hiasan. Sumber: Google

Assalamualaikum

Hai pertama kali aku ingin berkongsi pengalaman yang aku alami.

Tahun 2012 aku menjaga arwah emak aku yang dimasukkan ke sebuah hospital atas sebab mengalami kanser paru-paru tahap tiga. Malam pertama tiada apa pun yang ganjil atau pelik.

Cuma bila namanya hospital memang situasi tidaklah berapa selesa. Boleh dikatakan sepanjang malam tersebut aku tidur-tidur ayam.

Bila menjaga pesakit yang aku ingat adalah mental dan fizikal kena kuat. Ya betul kerana tanpa kekuatan mental dan fizikal silap hari bulan kau pulak yang sama terbaring dalam wad tu.

Diringkaskan cerita malam ketiga dan keempat ada kematian di wad tersebut. Tiada apa pun yang pelik berlaku, cuma di hari keenam waktu aku berada di bilik air wad tersebut aku mengalami satu peristiwa yang menyeramkan bagi aku.


Gambar sekadar hiasan. Sumber: Google

Jam 4.30 pagi aku masuk ke bilik air untuk mandi siap awal-awal sebab taknak nanti mak aku kalut cari awal bila dia terjaga nanti.

Aku masuk ke bilik air tu sunyi sepi. Maknanya aku seorang je dalam bilik air tersebut. Selesai gosok gigi dan mencuci muka aku pun masuk ke bilik air untuk mandi. Dan di sinilah bermula ceritanya.

Sedang aku mandi, aku dengar bunyi air sinki dibuka. Ahh, fikirku mesti ada yang masuk untuk ke bilik air. Aku teruskan mandi, ku dengar bilik air di sebelah tutup. Bunyi pintu tu agak seram wey.

Dan lebih buat aku tertanya-tanya bunyi simbahan air mandinya sangat kuat dan seakan hendak cepat-cepat sahaja.

Aku selesai mandi dan bunyi air di bilik sebelah masih menyimbah-nyimbah. Selesai berpakaian aku pun keluar dari bilik tempat aku mandi.

Dan sememangnya yang buat aku terkejut dan menggeletar juga rasa kaki bila mana pintu bilik air sebelah aku mandi tadi kosong. Kering lantainya tiada basah.


Gambar sekadar hiasan. Sumber: Google

Aku tak menunggu lama terus keluar dari bilik air tersebut. Dan sewaktu aku keluar ada seorang perempuan berjalan menunduk keluar dari bilik air yang sama dengan aku.

Sedangkan sewaktu aku di dalam tadi tiada seorang pun yang aku nampak, apatah lagi dengan bilik air sebelah tempat aku mandi tadi kering.

Ketarnya kaki dan terasa amat jauh meja tempat bertugas jururawat yang bertugas ketika itu. Aku hanya mampu Istighfar dan mengucap.

Sampai sahaja aku di ruang masuk ke wad, aku pandang ke belakang, perempuan yang tadi tidak ada. Jadi siapakah dia??

Sampai di katil emak aku, aku hanya mampu diam. Menunggu waktu Subuh bagi aku adalah sangat panjang pada hari tersebut.


Gambar sekadar hiasan. Sumber: Google

Dan sebenarnya bukanlah habis di situ sahaja makhluk tu menyakat aku. Ada beberapa peristiwa juga yang berlaku selepas itu. Hehehe. Dia muncul hanya di bilik air.

Dan masa jaga mak aku dalam wad tu juga mak aku ada bagitahu dia nampak ada perempuan ikut aku masuk ke bilik air dari belakang.

Aku stop kat sini dulu. Harap korang semua fahamlah dengan cerita aku untuk pembukaan pertama kalinya ini.

Terima kasih admin dan semua geng KCHM. Sesungguhnya dia pun makhluk Allah juga cuma keadaan dan rupanya tidak sama seperti kita manusia..

Sumber: Qilah Bakar



Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Wanita Kongsi Kisah Seram Ketika Teman Ibu Di Hospital

Sekianlah artikel Wanita Kongsi Kisah Seram Ketika Teman Ibu Di Hospital kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wanita Kongsi Kisah Seram Ketika Teman Ibu Di Hospital dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2020/10/wanita-kongsi-kisah-seram-ketika-teman.html

Subscribe to receive free email updates: