Judul : 7 Penggiat Aeronautik Berminat Dengan KLIA Aeropolis
link : 7 Penggiat Aeronautik Berminat Dengan KLIA Aeropolis
7 Penggiat Aeronautik Berminat Dengan KLIA Aeropolis
SEPANG – Sebanyak tujuh pelabur menunjukkan minat untuk melabur di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Aeropolis, kata Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Datuk Badlisham Ghazali.
“Terdapat tujuh peluang untuk melakukan rundingan akhir semasa Paris Air Show pada Isnin,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
“Kebanyakannya adalah syarikat Eropah. Tujuh syarikat itu adalah penggiat dalam bidang aeronautik.
“Saya tidak mengatakan bahawa saya akan memuktamadkan perjanjian bernilai berbilion dolar tetapi saya sedang mengusahakan perjanjian bernilai ratusan juta dolar,” kata Badlisham.
Beliau berkata MAHB akan mempromosikan KLIA Aeropolis semasa penyertaannya dalam Paris Air Show yang dijadualkan diadakan dari Isnin hingga Khamis minggu depan.
“KLIA Aeropolis mendapat perhatian kerana ia adalah projek sebenar dengan pelan pembangunan yang komprehensif,” katanya.
KLIA Aeropolis dilancarkan pada tahun lepas dan berpusat di sekitar kluster utama kargo udara dan logistik, penerbangan dan taman aeroangkasa, mesyuarat, insentif, persidangan, acara dan riadah.
Projek di kawasan seluas 100 kilometer persegi itu adalah antara teras strategik dalam pelan perniagaan lima tahun MAHB, Runway to Success 2020. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sA1ebU
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel 7 Penggiat Aeronautik Berminat Dengan KLIA Aeropolis
Anda sekarang membaca artikel 7 Penggiat Aeronautik Berminat Dengan KLIA Aeropolis dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/06/7-penggiat-aeronautik-berminat-dengan.html