Judul : MB N. Sembilan Nafi Beri Duit Raya Seperti Ditularkan
link : MB N. Sembilan Nafi Beri Duit Raya Seperti Ditularkan
MB N. Sembilan Nafi Beri Duit Raya Seperti Ditularkan
SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan menafikan berita yang tular di media sosial WhatsApp kononnya beliau akan memberi duit raya kepada orang ramai di pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau atau masjid-masjid di Rantau, dekat sini.
Beliau berkata berita yang tersebar itu adalah tidak benar dan palsu bertujuan untuk mengelirukan orang ramai.
“Dengan cara ini akan menyebabkan orang ramai akan marah kepada saya, jika mereka dapati pejabat saya tidak buat seperti apa yang ditularkan.
“Untuk pengetahuan, pejabat saya sudah lama memberhentikan amalan memberi duit raya di pejabat saya di DUN Rantau, sama ada semasa hari raya, mahupun pada perayaan-perayaan lain,” katanya dalam satu kenyataan ringkas kepada media di sini, hari ini.
Mohamad berkata penyebaran berita palsu ini merupakan taktik lama dan memang biasa digunakan oleh pihak yang berkepentingan untuk mensabotaj dan menjejas prestasi pihak lawan, terutamanya menjelang atau semasa pilihan raya umum atau pilihan raya kecil.
“Saya harap orang ramai tidak terpedaya dengan dakyah dan tipu helah, fitnah yang tersebar di dalam media sosial ini,” katanya. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2szGvoS
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel MB N. Sembilan Nafi Beri Duit Raya Seperti Ditularkan
Anda sekarang membaca artikel MB N. Sembilan Nafi Beri Duit Raya Seperti Ditularkan dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/06/mb-n-sembilan-nafi-beri-duit-raya.html