Anda Pasti Tak Mahu Membazir Makanan Lagi Selepas Menonton Video Ini

Anda Pasti Tak Mahu Membazir Makanan Lagi Selepas Menonton Video Ini - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anda Pasti Tak Mahu Membazir Makanan Lagi Selepas Menonton Video Ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anda Pasti Tak Mahu Membazir Makanan Lagi Selepas Menonton Video Ini
link : Anda Pasti Tak Mahu Membazir Makanan Lagi Selepas Menonton Video Ini

Baca juga


Anda Pasti Tak Mahu Membazir Makanan Lagi Selepas Menonton Video Ini

bazar ramadhan 2016

Di bulan yang mulia ini, pastinya ramai di antara kita yang berebut-rebut membeli juadah enak dan sedap untuk berbuka. Tanpa memikirkan perut kita mempunyai had, kita terus beli dan membeli, sehinggalah hati dan nafsu terlunas. Hati mengiyakan perbuatan kerana ia merupakan setahun sekali, apa salahnya. Hanya tunjuk yang mana mahu, dan bayar sahaja. Dan apabila tibanya waktu berbuka, dengan penuh nafsu kita cuba menghabiskan semua yang terhidang di atas meja.

Namun, hakikatnya, kurang dari separuh juadah yang dibeli tidak tersentuh oleh kita, kerana sudah kenyang dek beberapa gelas air. Untuk menyedapkan hati, kita ambil lebihan makanan tadi dan menyimpannya ke dalam peti sejuk untuk disantap sahur nanti. Dan sekali lagi, bangun sahur tidaklah sesegar berbuka, kita hanya menjamah beberapa suap makanan dan air, tanpa makanan tadi tersentuh. Keesokkan harinya makanan tadi dibuang, dan proses membeli memuaskan nafsu makan kembali berulang.

bazaar ramadhan 297

Pernahkah kita terfikir akan antara salah satu hikmah berpuasa, iaitu untuk menahan nafsu? Ya betul kita telah berpuasa sepanjang hari, dan kita sepatutnya berhak menjamah apa yang kita mahu, tapi membazir adalah suatu yang sangat dibenci Allah.

Sedang kita membuang makanan yang masih elok, terdapat 2 orang kanak-kanak yang sedang mengutip cebisan roti di celah-celah runtuhan batu-bata dan pasir untuk melapik perut yang lapar. Itulah hakikat yang sedang berlaku seperti dalam video ini. 

syria 611

2 beradik ini sedang mengutip cebisan roti yang dibuang oleh orang di sekitar kawasan rumah mereka. Makanan itu diberikan melalui bantuan kemanusiaan, dan malangnya si kakak yang berumur 10 tahun di dalam video ini memberitahu bahawa keluarga mereka tidak mendapat bantuan tersebut menyebabkan mereka terpaksa berbuat demikian. Tambahnya lagi, baki makanan yang sepatutnya diberikan kepada orang lain dibuang ke atas tanah begitu sahaja.

Jika tiada sesiapa yang menyebelahi kami, Allah akan menyebelahi kami. Kami bersabar dan Allah akan memberikan penyelesaian kepada semua ini.

2 kanak-kanak itu berasal dari Al-Hajar Al-Aswad, sebuah bandar miskin yang terletak di pinggir bandar Damascus, Syria. Perang yang melanda sehingga kini menyebabkan keadaan mereka semakin terdesak dan memerlukan bantuan kehidupan asas.


Sambil mengutip dan memasukkan roti ke dalam mulut mereka, kelihatan si kakak sedang mengumpulkan cebisan-cebisan yang lain ke atas sekeping roti yang katanya akan dimasukkan ke dalam sup yang mereka masak. Mereka menjalani kehidupan serda daif dengan hanya bergantung kepada sup, sup yang dimasak dengan rempah, indomee dan rempah maggi (bantuan kemanusian Malaysia) sudah hampir setahun lamanya.

"Kami hanya berharap keadaan akan kembali seperti sediakala dimana kami boleh makan apa yang kami mahu dan kenyang, tidak seperti sekarang yang mana kami tidur dan bangun dalam keadaan yang lapar. Namun kami masih boleh bersabar. Jika kita boleh bersabar dengan segala kelaparan yang dialami, pasti kita boleh bersabar dengan apa sahaja.

Ketika ditanya apakah mesej yang hendak disampaikan kepada dunia yang telah mengabaikan dan tidak memberikan bantuan kepada mereka, ini jawapan dari kanak-kanak itu :

"Tiada apa-apa. Mereka meninggalkan kami, tiada siapa menyebelahi kami. Dahulunya keluarga Al-Khatib adalah besar namun semua telah pergi dan meninggalkan kami di sini. Satu sahaja yang saya mahu katakan kepada semua orang iaitu semoga anda bergembira dan diberkati dengan apa yang anda ada"

Walaupun hidup dalam serba daif, kanak-kanak berumur 10 tahun ini masih berpegang teguh dan percaya bahawa Allah berada di pihak mereka serta masih mampu mendoakan kegembiraan dan kebahagiaan kita. Semoga video yang anda tonton ini membawa keinsafan dalam diri kita, dan agar kita dapat meringankan tangan kita untuk membantu saudara seagama kita yang sedang menjalani dugaan besar dan berat daripada Allah S.W.T.

Wallahualam. 



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sztvzo

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Anda Pasti Tak Mahu Membazir Makanan Lagi Selepas Menonton Video Ini

Sekianlah artikel Anda Pasti Tak Mahu Membazir Makanan Lagi Selepas Menonton Video Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anda Pasti Tak Mahu Membazir Makanan Lagi Selepas Menonton Video Ini dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/06/anda-pasti-tak-mahu-membazir-makanan.html

Subscribe to receive free email updates: