K’jaan Melaka Nafi Umum Pemberian Bonus Rakyat Melaka

K’jaan Melaka Nafi Umum Pemberian Bonus Rakyat Melaka - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul K’jaan Melaka Nafi Umum Pemberian Bonus Rakyat Melaka, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : K’jaan Melaka Nafi Umum Pemberian Bonus Rakyat Melaka
link : K’jaan Melaka Nafi Umum Pemberian Bonus Rakyat Melaka

Baca juga


K’jaan Melaka Nafi Umum Pemberian Bonus Rakyat Melaka

MELAKA – Kerajaan negeri Melaka hari ini menafikan tentang kewujudan bonus Bantu Rakyat Melaka (BRAM) sebanyak RM750 kepada rakyat yang berumur antara 16 hingga 55 tahun dilahirkan di Melaka, yang tular di laman sosial.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Naim Abu Bakar berkata ia adalah satu fitnah kerana kerajaan negeri tidak pernah meluluskan sebarang bayaran selain daripada bonus Aidilfitri yang telah diluluskan oleh kerajaan persekutuan yang diguna pakai untuk penjawat awam yang bernilai RM500 sebelum ini.

“Ini merupakan satu bentuk tohmahan dan fitnah… berita tersebut adalah tidak benar dan fitnah semata-mata,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati tentang berita yang tidak sahih dan mendapatkan berita daripada saluran yang betul ataupun boleh merujuk kepada Jabatan Ketua Menteri untuk pengesahan.

Naim berkata beliau telah membuat laporan di Balai Polis Ayer Keroh hari ini berhubung berita palsu itu untuk siasatan dan tindakan.

Sementara itu, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron dalam satu kenyataan hari ini berkata beliau menafikan pernah membuat pengumuman tentang pemberian BRAM sepertimana yang tersebar di laman sosial.

“Fitnah ini mungkin dianggap sebagai gurauan tetapi ia telah menjejaskan imej saya dan kerajaan negeri Melaka.

“Saya harap mereka yang menyebar mesej ini supaya segera menghentikanya kerana ia menyusahkan rakyat dan kepada mereka yang menerimanya supaya mengabaikan fitnah ini,” katanya.

Idris berkata pihaknya menyerahkan kepada polis untuk membuat siasatan berhubung fitnah yang menjadi tular itu. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s7uS6R

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel K’jaan Melaka Nafi Umum Pemberian Bonus Rakyat Melaka

Sekianlah artikel K’jaan Melaka Nafi Umum Pemberian Bonus Rakyat Melaka kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel K’jaan Melaka Nafi Umum Pemberian Bonus Rakyat Melaka dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/06/kjaan-melaka-nafi-umum-pemberian-bonus.html

Subscribe to receive free email updates: