Pekerja Kontrak Didakwa Rompak 7-Eleven

Pekerja Kontrak Didakwa Rompak 7-Eleven - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pekerja Kontrak Didakwa Rompak 7-Eleven, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pekerja Kontrak Didakwa Rompak 7-Eleven
link : Pekerja Kontrak Didakwa Rompak 7-Eleven

Baca juga


Pekerja Kontrak Didakwa Rompak 7-Eleven

KUANTAN – Seorang pekerja kontrak kehilangan peluang menyambut kelahiran anak sulungnya apabila dia ditahan kerana disyaki merompak empat kedai serbaneka di sekitar daerah ini, awal bulan lalu.

Bagaimanapun Mohd Fakharullah Abdullah, 27, berpeluang menatap wajah anak lelakinya yang berusia 13 hari, di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, di mana dia dihadapkan untuk mendengar pertuduhan terhadapnya.

Di hadapan Hakim Datuk Unaizah Mohd, tertuduh dah rakannya Mohd Izzuddin Azhar, 23, mengaku tidak bersalah atas tuduhan merompak pekerja kedai serbaneka Nurshamira Izzati Roslizam, 20, pada 4.50 pagi, 1 Jun lalu di 7-Eleven Bukit Pelindung di sini, dengan menggunakan pisau pemotong sayur dan melarikan wang tunai RM82.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mohd Fakharullah yang berasal dari Taman Balok Makmur juga didakwa merompak Mohammad Fazaubaidillah Zakaria, 19, pada 5.20 pagi, 31 Mei lalu di 7-Eleven Jalan Beserah di sini dan melarikan wang tunai RM60.05 milik kedai serbaneka itu.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Shahrul Ehsan Hasim tidak menawarkan jaminan terhadap kedua-dua tertuduh atas alasan kesalahan yang dilakukan mereka merupakan kesalahan serius dan mempunyai empat pertuduhan.

Bagaimanapun Mohd Fakharullah memohon supaya jaminan diberikan kerana dia mahu menyelesaikan masalah daftar sijil kelahiran anaknya dan memaklumkan dia hanya memperoleh gaji sekitar RM600 hingga RM700 sebulan.

Emak Mohd Fakharullah, Alina Norhayati Alias yang turut hadir di mahkamah kemudiannya mengesahkan bahawa daftar kelahiran cucunya masih tidak dapat dilakukan kerana ibu kepada kanak-kanak itu merupakan warganegara Thailand.

“Sampai sekarang cucu tidak ada warganegara kerana hanya anak yang boleh mendaftarkan cucu. Saya berniat nak menjamin, tapi setakat ini masih tidak mempunyai wang. Bila ada duit, saya akan jamin sebab anak kena buat sijil kelahiran cucu,” katanya.

Unaizah bagaimanapun menetapkan isu jaminan hanya diputuskan selepas emak Mohd Fakharullah mempunyai wang secukupnya manakala jaminan terhadap Mohd Izzuddin akan ditetapkan selepas tertuduh dapat membawa penjamin memandangkan tiada anggota keluarganya hadir di mahkamah.

Beliau menetapkan 17 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula dan menasihatkan emak Mohd Fakharullah mendapatkan pertolongan pihak penjara untuk menguruskan daftar kelahiran cucunya, jika mereka masih tidak berkemampuan mendapatkan wang jaminan.

Sementara itu, di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali, Mohd Fakharullah dan Mohd Izzuddin mengaku tidak bersalah merompak Muhammad Hizrie Hamdan, 18, pada 5.50 pagi, 1 Jun lalu di 7-Eleven Taman Seri Setali, Jalan Air Putih di sini.

Perbuatan mereka didakwa menyebabkan kedai serbaneka itu kerugian RM388.25 apabila tertuduh melarikan wang tunai RM68.50, 16 kotak rokok dan 10 pemetik api.

Mohd Fakharullah juga didakwa bersama seorang lagi rakannya, Muhammad Adib Ayup, 20, melakukan rompakan bersenjata dengan menggunakan pisau dapur ke atas Muhamad Izwal Ismail, 29, pada 2.45 pagi, 30 Mei lalu di 7-Eleven Jalan Semambu di sini.

Mereka didakwa menyebabkan kerugian RM459.05 kepada kedai serbaneka itu dalam bentuk wang tunai RM63.05, 23 kotak rokok dan kad prabayar.

Timbalan Pendakwa Raya Fatinah Abu Bakar menawarkan jaminan RM26,000 kepada setiap tertuduh bagi kedua-dua pertuduhan atas alasan perbuatan tertuduh merupakan kesalahan serius.

Bagaimanapun Siti Aminah membenarkan jaminan RM18,000 kepada Mohd Fakharullah dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan manakala jaminan RM9,000 dengan seorang penjamin ditetapkan kepada Mohd Izzuddin dan Muhammad Adib.

Beliau juga menetapkan 17 Julai ini tarikh sebutan semula kes. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rxNJt6

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Pekerja Kontrak Didakwa Rompak 7-Eleven

Sekianlah artikel Pekerja Kontrak Didakwa Rompak 7-Eleven kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pekerja Kontrak Didakwa Rompak 7-Eleven dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/06/pekerja-kontrak-didakwa-rompak-7-eleven.html

Subscribe to receive free email updates: