Taktik Seorang Perogol Menyamar Sebagai Datuk Memancing Mangsa Di Aplikasi WeChat Akhirnya Terbongkar

Taktik Seorang Perogol Menyamar Sebagai Datuk Memancing Mangsa Di Aplikasi WeChat Akhirnya Terbongkar - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Taktik Seorang Perogol Menyamar Sebagai Datuk Memancing Mangsa Di Aplikasi WeChat Akhirnya Terbongkar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Taktik Seorang Perogol Menyamar Sebagai Datuk Memancing Mangsa Di Aplikasi WeChat Akhirnya Terbongkar
link : Taktik Seorang Perogol Menyamar Sebagai Datuk Memancing Mangsa Di Aplikasi WeChat Akhirnya Terbongkar

Baca juga


Taktik Seorang Perogol Menyamar Sebagai Datuk Memancing Mangsa Di Aplikasi WeChat Akhirnya Terbongkar


Beberapa hari lalu, seorang perogol yang dikatakan telah lama aktif dalam kegiatan ini ditangkap polis apabila segala perbuatan yang dilakukan semenjak 4 tahun lalu terbongkar.

Taktik dan cara perogol yang licik ini agak berbeza lain dari yang lain kerana hasil siasatan polis mendapati lelaki itu menggunakan nama samaran untuk mencari mangsa di aplikasi Wechat yang menjadi sasarannya untuk memancing wanita.

Dia juga dikatakan telah menggunakan gelaran ‘Datuk’ untuk menarik perhatian mangsa-mangsanya. Tetapi pihak polis dilaporkan telah menahannya dua hari lalu kerana beliau disyaki terbabit dalam beberapa kes cabul di sekitar Lembah Klang seperti yang dilaporkan.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa, dia telah ditahan kelmarin di Dang Wangi pada jam 6.25 petang.

“Setakat ini, sudah empat laporan polis diterima berhubung dengan jenayah yang dilakukan oleh suspek yang dibuat di Selangor dan Kuala Lumpur. Suspek disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan Seksyen 377CA kanun sama kerana memasukkan sesuatu ke dalam kemaluan mangsa”

Menerusi siasatan polis juga mendapati suspek telah menjalankan perniagaannya sendiri tetapi tidak mempunyai sebarang gelaran Datuk seperti yang dikatakan dan panggilan datuk itu hanyalah rekaan suspek semata-mata untuk mengaburi mata mangsanya.

Pada permulaan sebelum setiap pertemuan berlaku, lelaki itu akan menghubungi mangsanya dan cuba menyakinkan mangsa agar mempercayainya. Setelah pancingnya terkena, dia kemudiannya akan mengadakan satu temu janji dengan mengajak mangsanya berjumpa di restoran di sekitar Lembah Klang.

Sewaktu bertemu, suspek akan mengambil kesempatan ketika mangsanya pergi ke tandas lalu akan memasukkan sejenis cecair yang mengkhayalkan ke dalam minuman. Selepas mangsa didapati khayal setelah meminum minuman yang mengandungi cecair berkenaan serta tidak sedarkan diri, dia akan terus membawa mangsa ke hotel untuk diperkosa.

Menurut sumber, suspek bukan sahaja melakukan perbuatan rogol, malah dia turut mengambil gambar mangsa ketika dalam keadaan bogel dan menggunakannya sebagai bahan ugutan. Mangsa kemudiannya akan diugut supaya tidak melaporkan perkara itu kepada pihak polis sekiranya tidak ingin gambar-gambar mereka disebarkan kepada umum.

Disebabkan ugutan sedemikianlah yang menyevavjan ramai diantara mangsa mengambil keputusan mendiamkan diri kerana malu dan takut untuk melaporkan perkara ini kepada pihak polis. Walau bagaimanapun, salah seorang daripada mangsa suspek telah memberanikan diri membuat pendedahan berkaitan dengan perbuatan suspek itu di laman sosial bulan lalu.

Suspek yang dikenali sebagai ‘Datuk Ivan‘ itu kini ditahan reman selama 6 hari sehingga khamis depan.

Tahniah kepada mangsa terbaru yang telah melaporkan perkara ini kepada polis dan beliau telah dapat menghalang kegiatan lelaki ini daripada melakukan kepada mangsa-mangsa yang lain di masa akan datang.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ry7rVC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Taktik Seorang Perogol Menyamar Sebagai Datuk Memancing Mangsa Di Aplikasi WeChat Akhirnya Terbongkar

Sekianlah artikel Taktik Seorang Perogol Menyamar Sebagai Datuk Memancing Mangsa Di Aplikasi WeChat Akhirnya Terbongkar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Taktik Seorang Perogol Menyamar Sebagai Datuk Memancing Mangsa Di Aplikasi WeChat Akhirnya Terbongkar dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/06/taktik-seorang-perogol-menyamar-sebagai.html

Subscribe to receive free email updates: