AMANAH 'tawan Kelantan' dengan pisang, limau dan rumput

AMANAH 'tawan Kelantan' dengan pisang, limau dan rumput - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul AMANAH 'tawan Kelantan' dengan pisang, limau dan rumput, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : AMANAH 'tawan Kelantan' dengan pisang, limau dan rumput
link : AMANAH 'tawan Kelantan' dengan pisang, limau dan rumput

Baca juga


AMANAH 'tawan Kelantan' dengan pisang, limau dan rumput




Jika anda ke Kelantan, kita akan temui papan tanda di pinggir jalan bertulis 'Bertani satu ibadah' satu slogan yang dipamerkan kerajaan negeri Kelantan.

Negeri tanah rendah sekebun bunga ini agak ramah dengan golongan petani.

Ada yang bersawah, tanam tembakau, kenaf, kebun buah-buahan dan sayur-sayuran untuk kelangsungan hidup diri dan keluarga masing-masing.

Keramahan dan kesuburan tanah di Kelantan itu juga dilihat memberi inspirasi tersendiri kepada Parti Amanah Negara (AMANAH) negeri menjadikan sektor pertanian sebagai alat bagi menawan hati masyarakat setempat.

Parti serpihan itu melalui Jawatankuasa AMANAH Agro dilihat komited dan mengambil langkah segera bagi menonjolkan keringat mereka dalam mengajak golongan petani menyertai usaha mereka.

Baru-baru ini, Malaysiakini berkesempatan ke program Kursus Penanaman Pisang yang diadakan di kawasan Pasir Mas.

Pengarah AMANAH Agro yang juga ketua biro pertanian dan hubungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pemuda AMANAH Kelantan, Hishamudin Ghazali mengetuai misi mereka menawan Kelantan dengan tanaman itu dalam usaha membantu masyakat setempat.

Kursus percuma tanam pisang

Menurutnya, mutakhir ini tanaman pisang banyak diserang penyakit menyebabkan ramai petani kerugian.

"Akibatnya banyak kebun pisang terbiar dan menjadi semak samun. Minat untuk menanam pokok pisang menjadi hambar manakala permintaan pisang meningkat sekaligus harga pun mahal.

"Menyedari masalah itu, Amanah Agro sebagai satu NGO yang mempunyai kepakaran dalam perusahan benih pertanian mengambil inisiatif membuat kursus percuma kepada petani yang terlibat dengan penyakit pokok pisang.

"Kita juga memperkenalkan sejenis ubat yang direka oleh usahawan tempatan terbukti berkesan melawan penyakit yang menyerang pokok pisang," katanya yang berjaya mengumpulkan lebih 60 peserta pada kursus tersebut.

Tambahnya, kursus tanaman pisang itu bukan bermaksud mengajar petani menanam pokok pisang semata-mata sebaliknya memberi ilmu pertanian tambahan.

"Antaranya pemilihan anak benih pisang yang betul, kaedah kawalan penyakit, penjagaan dan pembajaan, pasaran dan mutu pisang.
"Melalui sumbangan kecil ini (dapat) menjadi permulaan kepada industri pertanian di Kelantan," jelasnya.

Projek Wan Kembang

Terdahulu, Penasihat AMANAH Kelantan, Datuk Husam Musa turut dilihat agresif mengangkat bidang pertanian di negeri ini.

Awal September lalu, beliau memperkenalkan program AquaOren dan EkoOren melibatkan penanaman pokok limau kasturi dan limau nipis serta menjana pembiakan ikan patin dengan melepaskan 2,500 anak ikan spesis itu ke Sungai Kelantan.

Anggota dewan undangan negeri (ADUN) Salor itu juga tampil dengan usaha mengindahkan tebing Sungai Kelantan dengan projek Wan Kembang atau One Blossom dengan menanam bunga matahari dan rumput SEF (sugar, energy dan feed).

Mengulas mengenai projek itu, Husam berkata itu adalah usaha dan percubaan pihaknya untuk pengindahan tebing sungai dan memperkenalkan rumput SEF kepada penternak.

"Rumput ini sesuai untuk ternakan dan sekiranya percubaan ini berjaya kita boleh kembangkan kepada penternak di Kelantan bagi mengatasi masalah kekurangan makanan ternakan," kata beliau dalam satu video ketika melancarkan program tersebut.

Sementara itu, Pemuda AMANAH Kelantan, Nazmi Hassan berkata, program AMANAH Agro giat menggerakkan usaha pembangunan industri pertanian khususnya untuk golongan muda dan masyarakat setempat.

"Memang banyak lagi yang akan mengejutkan kepada mereka yang tidak mengikuti secara dekat aktiviti kita.

"Sabtu lalu AMANAH Agro mengadakan kursus khas penanaman pisang dengan menggunakan pembenihan tisu. Kita terkejut kerana kehadiran untuk mengikuti kursus kita dua kali ganda daripada jumlah sasaran

"Semua ini diinspirasikan sendiri (YB Datuk) Husam," katanya kepada Malaysiakini.

Sementara itu, dalam prospek politik AMANAH Kelantan memberi gambaran awal betapa parti serpihan PAS itu bakal menjadi tulang belakang gerakan Pakatan Harapan (HARAPAN) dengan misi menawan pentadbiran negeri pada PRU14 nanti.

Dengan pelantikan Husam sebagai pengerusi HARAPAN negeri, AMANAH diyakini akan mendominasi pembahagian kerusi walaupun peluang kemenangan berpihak kepada mereka masih samar.

HARAPAN Kelantan dijadualkan akan bermesyuarat esok bagi menyusun gerak kerja dan mengisi jawatan lain dalam kerjasama itu.

Pembahagian kerusi juga dijangka menjadi agenda perbincangan utama dalam kalangan kompenan HARAPAN Kelantan.

Pada masa ini, PAS menguasai 31 kerusi DUN di Kelantan setelah Husam Musa keluar menyertai AMANAH, PKR pula memegang 1 kerusi DUN manakala Umno dengan 12 kerusi DUN.



Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel AMANAH 'tawan Kelantan' dengan pisang, limau dan rumput

Sekianlah artikel AMANAH 'tawan Kelantan' dengan pisang, limau dan rumput kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel AMANAH 'tawan Kelantan' dengan pisang, limau dan rumput dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/09/amanah-tawan-kelantan-dengan-pisang.html

Subscribe to receive free email updates: