Azalina: Suspek Kebakaran Tahfiz Bawah 18 Tak Boleh Dihukum Mati

Azalina: Suspek Kebakaran Tahfiz Bawah 18 Tak Boleh Dihukum Mati - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Azalina: Suspek Kebakaran Tahfiz Bawah 18 Tak Boleh Dihukum Mati, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Azalina: Suspek Kebakaran Tahfiz Bawah 18 Tak Boleh Dihukum Mati
link : Azalina: Suspek Kebakaran Tahfiz Bawah 18 Tak Boleh Dihukum Mati

Baca juga


Azalina: Suspek Kebakaran Tahfiz Bawah 18 Tak Boleh Dihukum Mati

KUALA LUMPUR: Suspek bawah 18 tahun bagi kes 23 orang terkorban dalam kebakaran pusat tahfiz Khamis lepas, tidak boleh dijatuhkan hukuman mati sekiranya mereka disabit bersalah dalam kes itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata ini kerana Seksyen 97 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 menjelaskan hukuman mati tidak boleh dijatuhkan ke atas pesalah kanak-kanak bawah umur 18 tahun.
Bagaimanapun, katanya, mahkamah boleh menjatuhkan hukuman penjara selama mana diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong atau Yang Dipertua Negeri.
Di samping itu, Seksyen 94 akta yang sama, memberi kuasa kepada mahkamah memerintah supaya ibu bapa dikenakan denda atau membayar pampasan, katanya dalam kenyataan hari ini.
Susulan insiden itu, 7 remaja berumur antara 11 dan 18 tahun ditahan bagi membantu siasatan.
Menurut Azalina, ketika ini semua suspek masih ditahan reman dan disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api.
Pada awal pagi Khamis lepas, 21 pelajar dan 2 guru yang bertugas sebagai warden di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah maut selepas terperangkap dalam kebakaran di asrama tingkat paling atas bangunan 3 tingkat berkenaan.
Azalina berkata tiada individu boleh mengatasi undang-undang dan suspek berkenaan akan diadili mengikut undang-undang sedia ada.
Beliau berharap insiden berkenaan dijadikan pengajaran kepada semua pihak khususnya ibu bapa dalam membendung kes jenayah melibatkan kanak-kanak.
Menteri itu turut meminta semua pihak berhenti membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk melengkapkan siasatan.
“Saya percaya kes ini akan diadili sebaik mungkin setelah dibawa ke mahkamah nanti,” katanya. #sumber


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Azalina: Suspek Kebakaran Tahfiz Bawah 18 Tak Boleh Dihukum Mati

Sekianlah artikel Azalina: Suspek Kebakaran Tahfiz Bawah 18 Tak Boleh Dihukum Mati kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Azalina: Suspek Kebakaran Tahfiz Bawah 18 Tak Boleh Dihukum Mati dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/09/azalina-suspek-kebakaran-tahfiz-bawah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :