Kim tekad Korea Utara akan buat 'si sewel' Trump menyesal

Kim tekad Korea Utara akan buat 'si sewel' Trump menyesal - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kim tekad Korea Utara akan buat 'si sewel' Trump menyesal, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kim tekad Korea Utara akan buat 'si sewel' Trump menyesal
link : Kim tekad Korea Utara akan buat 'si sewel' Trump menyesal

Baca juga


Kim tekad Korea Utara akan buat 'si sewel' Trump menyesal

Kim Jong Un telah memberikan amaran bahawa negara itu akan melakukan penyerangan yang paling teruk dalam sejarah sebagai respons kepada ancaman Donald Trump untuk menghancurkan negara itu.

SEOUL: Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un hari ini memberikan amaran bahawa negara itu akan melakukan ‘serangan balas paling buruk dalam sejarah’ sebagai reaksi kepada ancaman Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk menghancurkan Korea Utara.

Dalam satu ucapannya, Kim dilaporkan turut melabelkan Trump sebagai ‘sewel’ atau 'gila' sambil merujuk kepada ucapannya di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang dianggap sebagai ‘pengisytiharan perang paling ganas dalam sejarah dunia’.

Kim juga mengesahkan bahawa program nuklear Pyongyang “berada di landasan yang betul".


"Kenyataannya (Trump) telah memberi keyakinan kepada saya, bukan menakutkan atau menghalang saya, bahawa jalan yang saya pilih (membangunkan senjata nuklear) adalah betul dan ia adalah jalan yang perlu saya lalui sehingga penyudah," kata Kim dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh agensi berita rasmi Korea Utara, KCNA.

Trump sebelum ini telah memberi amaran kepada pemimpin Korea Utara itu bahawa Amerika Syarikat, jika terancam, akan "menghancurkan sepenuhnya" negara yang mempunyai 26 juta penduduk itu.

Ia adalah komen tanpa berselindung oleh presiden Amerika Syarikat itu, terhadap tindakan ketenteraan terhadap negara yang telah melakukan ujian nuklear keenamnya pada 3 September.

Selain ujian nuklear, Korea Utara juga telah melancarkan berpuluh-puluh ujian peluru berpandu sejak Kim mengambilalih kuasa pada tahun 2011.

Dua peluru berpandu balistik baru-baru ini terbang merentasi Jepun selain mendakwa mempunyai peluru berpandu perang nuklear yang dapat mensasarkan Amerika Syarikat.

Kim berkata Trump akan berdepan dengan "keputusan di luar jangkaannya," tanpa menyatakan apakah tindakan yang akan berlaku.

“Pastinya saya akan menjinakkan 'orang gila' Amerika Syarikat itu dengan api,” kata Kim.

“Sekarang Trump telah menafikan kewujudan saya dan menghina saya dan negara saya di hadapan mata dunia ..kami akan mempertimbangkan dengan serius menjalankan serangan balas yang paling buruk dalam sejarah,” katanya lagi. - Astro Awani


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Kim tekad Korea Utara akan buat 'si sewel' Trump menyesal

Sekianlah artikel Kim tekad Korea Utara akan buat 'si sewel' Trump menyesal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kim tekad Korea Utara akan buat 'si sewel' Trump menyesal dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/09/kim-tekad-korea-utara-akan-buat-si.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :