Begini Cara Isteri-Isteri Rasulullah S.A.W Jaga Kecantikan Wajah

Begini Cara Isteri-Isteri Rasulullah S.A.W Jaga Kecantikan Wajah - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Begini Cara Isteri-Isteri Rasulullah S.A.W Jaga Kecantikan Wajah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Begini Cara Isteri-Isteri Rasulullah S.A.W Jaga Kecantikan Wajah
link : Begini Cara Isteri-Isteri Rasulullah S.A.W Jaga Kecantikan Wajah

Baca juga


Begini Cara Isteri-Isteri Rasulullah S.A.W Jaga Kecantikan Wajah

 Begini Cara Isteri-Isteri Rasulullah S.A.W Jaga Kecantikan Wajah


Mesti ada yang tertanya-tanyakan macam mana wanita-wanita pada zaman dahulu terutamanya pada zaman Rasulullah s.a.w menjaga kecantikan mereka seiring dengan tuntutan agama Islam. Kalau difikirkan, pada zaman tersebut tiada satu pun kedai atau pusat rawatan kecantikan seperti sekarang.

Pada zaman Rasulullah s.a.w, wanita-wanita terutamanya isteri-isteri baginda hanya menggunakan bahan-bahan semula jadi yang ada di sekitar mereka. Setiap satu bahan yang dipakai mempunyai fungsi mereka tersendiri.

Sesuai untuk anda yang ingin mencantikkan kulit tetapi tidak mempunyai bajet yang besar, cara-cara yang dilakukan oleh isteri Rasulullah s.a.w ini boleh dijadikan ikutan.

Timun 

Menggunakan sayur-sayuran segar, Saidatina Aisyah r.a menggunakan timun sebagai penjagaan dalam kecantikan dan kesihatan.

Menerusi riwayat, Ibn Majah menyatakan sebelum bertemu dengan Rasulullah s.a.w, ibunya menyuruhnya mengambil timun dan kurma basah, dicampurkan untuk mendapatkan tubuh badan yang ideal.



Foto – Boldsky.com

Fungsi timun adalah untuk mengurangkan lingkaran gelap pada mata, bintik-bintik gelap pada kulit, kesan selaran akibat matahari, menutup liang pori dan meremajakan kulit. Jika anda ingin menggunakan timun, anda boleh menjadikannya sebagai masker. Pakai selama 10-15 minit untuk tiga kali seminggu.

Kurma 

Saidatina Aisyah r.a berkata, “Ibuku mengubatiku agar aku kelihatan gemuk. Saat dia hendak mempertemukan aku dengan Rasulullah s.a.w dan usaha itu tidak membuahkan hasil sehingga aku makan timun dengan kurma basah. Kemudia aku menjadi gemuk dengan bentuk badan ideal.”  -Hadis Riwayat Ibn Majah

Bagi mendapatkan kecantikan luaran dan dalaman, timun dan kurma haruslah di ambil di awal pagi atau sebelum tidur. Untuk melakukan jus kurma, anda mestilah merendamkan kurma sebanyak 3 biji semalaman dan keesokkan harinya anda boleh kisar untuk dijadikan jus. Kisar tanpa gula untuk mendapatkan jus yang asli.




Foto – Styles At Life

Kebaikan kurma ini adalah ia dapat menangkis toksin dan racun dalam badan. Untuk ibu mengandung pula, sangat bagus untuk selitkan kurma dalam diet harian anda kerana ia boleh menguatkan rahim dan mengurangkan pendarahan ketika melahirkan.

Minyak Dzarirah 

Minyak Dzarirah ini diekstrak daripada batang pohon dzahirah. Ciri-ciri minyak ini bersifat panas dan kering sesuai untuk digunakan bagi mengatasi jerawat, keradangan dan menguatkan jantung.



Foto – Arkib Wanista

Rasulullah s.a.w berkata, “Letakkan minyak ini di jerawatmu seraya itu membaca doa ‘Ya Allah yang mengecilkan yang besar dan membesarkan yang kecil, kecilkanlah jerawatku ini'” -Hadis yang diakui oleh Adz-Dzahabi diriwayatkan oleh Al-Hakim.

(Adz-Dzahabi mengatakan sanadnya shahih, meski Imam Bukhari dan Imam Muslim tidak meriwayatkan hadis ini dalam kitab sahihnya.)

Di Malaysia, sukar untuk mendapatkan minyak dzarirah ini. Jika anda inginkannya, anda boleh memperolehi daripada luar negara.

Madu 

Banyak kegunaan dan kebaikan madu yang diperakui untuk digunakan dalam kecantikan. Memilik sifat antibakteria dan mengurangkan parut jerawat, madu juga boleh digunakan untuk kulit yang meradang.




Foto – Pinterest

Buat sebagai masker, kamu hanya perlukan madu, lemon dan yogurt. Campurkan ketiga-tiga bahan tersebut dan sapu di seluruh permukaan wajah. Biarkan selama 10-15 minit dan bilas. Kamu boleh lakukan ini sebanyak 3 kali seminggu untuk kesan yang lebih ketara.

Minyak Zaitun 

Mempunyai pelbagai manfaat antaranya memiliki antioksidan yang tinggi untuk mencegah oksidasi. Oksidasi ini adalah proses yang menghasilkan radikal bebas yang membuatkan bahan kimia berpotensi besar untuk merosakkan sel kulit dan menyebabkan kanser.



Foto – Arkib Wanista

Minyak zaitun yang mengandungi Vitamin A, D, E dan K yang larut dalam lemak memberikan fungsi yang tersendiri dan berkesan apabila digunakan. Jika anda melihat tanda-tanda penuaan dan kerosakan kulit akibat sinaran UV, sapu minyak zaitun di tempat yang perlu bagi mengurangkannya.

Sangat mudah kan? Selain menjimatkan bajet anda, cara ini pasti dapat membantu anda mendapatkan kulit yang cantik. Berbeza dengan produk-produk di kedai, jika salah baca label dan penggunaannya, boleh mendatangkan kesan yang buruk di kulit. Selamat mencuba!

RUJUKAN: 1234



Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Begini Cara Isteri-Isteri Rasulullah S.A.W Jaga Kecantikan Wajah

Sekianlah artikel Begini Cara Isteri-Isteri Rasulullah S.A.W Jaga Kecantikan Wajah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Begini Cara Isteri-Isteri Rasulullah S.A.W Jaga Kecantikan Wajah dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2020/11/begini-cara-isteri-isteri-rasulullah.html

Subscribe to receive free email updates: