Judul : DAP majoriti di Selangor tetapi Melayu masih selamat, kata Amanah
link : DAP majoriti di Selangor tetapi Melayu masih selamat, kata Amanah
DAP majoriti di Selangor tetapi Melayu masih selamat, kata Amanah
Khalid Samad menjawab tuduhan undi kepada DAP bakal merugikan masyarakat Melayu.
KUALA LUMPUR: Orang Melayu di Selangor masih tidak ditindas walaupun majoriti kerusi DUN di negeri itu dikuasai DAP, kata seorang pemimipin Amanah yang mempersoalkan dakwaan Melayu akan terpinggir sekiranya memberi undi kepada DAP.
“Di Selangor, parti yang paling ramai adalah DAP. Melayu mati ke? Tidak. Jadi kenapa takut sangat?” soal Ketua Penerangan Amanah Khalid Samad di sebuah program ceramah di Selayang Baru, malam tadi.
Baru-baru ini, Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata undi kepada Pakatan Harapan (PH) bererti memberi undi kepada DAP yang menurutnya dibayangi Evangelis Kristian.
“DAP sebenarnya menyelindungi wajah hipokrit dengan menyelinap serta mempengaruhi Amanah, PPBM dan PKR untuk dicengkam sebagai proksi dalam melaksanakan pelbagai misinya,” kata Khalil.
Tuduhan sama diulangi pemimpin Umno yang berkata DAP adalah parti yang berkuasa dalam PH.
DAP ketika ini memiliki 14 kerusi dalam DUN Selangor, berbanding 13 kerusi yang masing-masing dimiliki PKR dan PAS. Ketiga-tiga parti itu masih menganggotai kerajaan campuran di negeri itu walaupun PAS bukan sebahagian daripada PH.
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel DAP majoriti di Selangor tetapi Melayu masih selamat, kata Amanah
Sekianlah artikel DAP majoriti di Selangor tetapi Melayu masih selamat, kata Amanah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel DAP majoriti di Selangor tetapi Melayu masih selamat, kata Amanah dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/09/dap-majoriti-di-selangor-tetapi-melayu.html