Judul : Saya silap sokong BN, kata pengerusi Hindraf
link : Saya silap sokong BN, kata pengerusi Hindraf
Saya silap sokong BN, kata pengerusi Hindraf
Robin Augustin and Sean AugustinPengerusi Hindraf, P Waythamoorthy berkata, kegagalan mencari persamaan dengan pembangkang memaksa pemimpin kumpulan hak asasi India itu bekerjasama dengan 'syaitan'.
KUALA LUMPUR: Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy mendedahkan kegagalan mencari persamaan dengan pembangkang menyebabkan beliau menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu.
Beliau mengakui ia adalah pilihan salah, selepas kumpulan hak asasi India itu berada dalam situasi yang menyebabkan pemimpinnya terpaksa bekerjasama dengan “syaitan”.
Waytha berkata, NGO itu tidak dapat mencapai persetujuan dengan Pakatan Rakyat (PR) ketika itu mengenai cara membantu masyarakat India, walaupun selepas lebih 20 mesyuarat.
“Jadi, walaupun kita tahu BN mungkin tidak mengotakan janjinya, kita tiada pilihan kerana Hindraf perlu menjaga golongan miskin dan kecil dalam masyarakat.
“Ia amat malang sekali,” katanya dalam forum bertajuk “Pakatan Menuju Putrajaya” yang dihadiri lebih 100 orang di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, malam tadi.
Turut hadir ialah ahli DAP, Datuk Zaid Ibrahim dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.
Waytha merujuk memorandum persefahaman yang ditandatangani dengan parti pemerintah pada 2013 untuk membantu masyarakat India.
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel Saya silap sokong BN, kata pengerusi Hindraf
Sekianlah artikel Saya silap sokong BN, kata pengerusi Hindraf kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Saya silap sokong BN, kata pengerusi Hindraf dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/09/saya-silap-sokong-bn-kata-pengerusi.html