Judul : Dua penjenayah ditembak mati di Sentul
link : Dua penjenayah ditembak mati di Sentul
Dua penjenayah ditembak mati di Sentul
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim berkata, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Jenayah Berat D9 terserempak dengan dua penjenayah itu ketika menjalankan Ops Rantau di sebuah kawasan pembinaan di Bandar Baru Sentul.
Suspek yang berpakaian serba gelap didapati berlari keluar dari tapak projek pembinaan itu dan terus menaiki dua buah kereta jenis Proton Waja.
Selepas episod kejar mengejar, suspek berjaya dikepung."Penjenayah itu telah melanggar kereta kita, iaitu ke hadapan dan juga ke belakang, dan selepas itu dia telah melepaskan tembakan ke arah pihak polis.
"Demi mempertahankan diri, pihak polis telah membalas tembakan tersebut dan pihak polis telah berjaya menewaskan penjenayah tersebut," kata Mazlan kepada pemberita.
Setelah diperiksa, katanya, didapati bahawa penjenayah itu adalah seorang lelaki Melayu berumur 46 tahun dan mempunyai rekod kesalahan iaitu kes pecah rumah dan lain-lain kes.
Tambahnya, pemeriksaan di dalam kereta suspek menemui sepucuk pistol, dua bilah parang dan pelbagai peralatan pecah rumah.
Manakala, menurut Mazlan, sebuah lagi kereta suspek yang memasuki Jalan Segambut berjaya dikepung selepas dikejar sejauh tujuh kilometer.
Suspek kedua ini juga bertindak sama dengan melanggar kenderaan polis dan melepaskan tembakan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sCTO79
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel Dua penjenayah ditembak mati di Sentul
Anda sekarang membaca artikel Dua penjenayah ditembak mati di Sentul dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/06/dua-penjenayah-ditembak-mati-di-sentul.html