Hamidah: Jangan kaitkan kenyataan ‘Cina pijak kita’ dengan saya

Hamidah: Jangan kaitkan kenyataan ‘Cina pijak kita’ dengan saya - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hamidah: Jangan kaitkan kenyataan ‘Cina pijak kita’ dengan saya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hamidah: Jangan kaitkan kenyataan ‘Cina pijak kita’ dengan saya
link : Hamidah: Jangan kaitkan kenyataan ‘Cina pijak kita’ dengan saya

Baca juga


Hamidah: Jangan kaitkan kenyataan ‘Cina pijak kita’ dengan saya

 
Naib presiden PPBM itu berkata, kenyataan bersifat perkauman itu ialah pandangan peribadi Hamizura dan tindakan mengaitkan 'status tidak berapa molek itu' boleh menjatuhkan kredibilitinya.


Hamidah-Osman-isu-pijak-cina-ppbm

PETALING JAYA: Naib Presiden PPBM, Datuk Hamidah Osman menggesa semua pihak berhenti mengaitkan dirinya dengan kenyataan bersifat perkauman yang dibuat adiknya semalam kerana ia boleh menjatuhkan kredibilitinya.

Beliau berkata, peringatan supaya penyokong pembangkang tidak memuji dan membiarkan orang Cina memijak orang Melayu dalam usaha menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak, ialah pandangan peribadi Hamizura.

“Hamizura ahli biasa, memang dia adik saya, pandangan dia tidak perlu dikaitkan dengan saya. Jika Hamizura lakukan kesilapan, kesalahan itu dituding kepadanya sahaja.

“Apabila mereka mengaitkan tindakan Hamizura dengan saya, sedangkan saya tidak nyatakan apa-apa, maka tindakan itu menjatuhkan kredibiliti saya,” katanya kepada FMT hari ini.

Semalam, Hamizura memohon maaf selepas beberapa jam memuat naik catatan bersifat rasis ke Facebooknya yang dikecam pelbagai pihak.

Ia termasuk Ahli Majlis Tertinggi PPBM, Tariq Ismail yang berkata, wawasan parti itu adalah mengembali dan memperkasakan maruah Melayu berteraskan keadaban, kesopanan dalam kata-kata dan tindakan.

Katanya, hak Melayu adalah untuk memperkasakan maruah Melayu, bukan memperjuangkan ketuanan Melayu.

“Masyarakat Cina di Malaysia adalah warganegara Malaysia dan berhak tinggal di negara ini. Kita tidak boleh menafikan sumbangan masyarakat Cina kepada negara ini,” katanya dalam catatan Facebook.

Mengulas lanjut, Hamidah berkata, beliau sudah menegur adiknya supaya lebih berhati-hati ketika menyuarakan pandangan dan tidak mengulangi kesilapan sama.

“Teguran saya buat secara peribadi, secara adik-beradik. Pada saya, status itu tidak berapa molek, sebagai rakyat Malaysia kita tidak seharusnya membangkitkan isu itu,” katanya.



Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Hamidah: Jangan kaitkan kenyataan ‘Cina pijak kita’ dengan saya

Sekianlah artikel Hamidah: Jangan kaitkan kenyataan ‘Cina pijak kita’ dengan saya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hamidah: Jangan kaitkan kenyataan ‘Cina pijak kita’ dengan saya dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/09/hamidah-jangan-kaitkan-kenyataan-cina.html

Subscribe to receive free email updates: