2 anak polis antara korban kebakaran tahfiz

2 anak polis antara korban kebakaran tahfiz - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 2 anak polis antara korban kebakaran tahfiz, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 2 anak polis antara korban kebakaran tahfiz
link : 2 anak polis antara korban kebakaran tahfiz

Baca juga


2 anak polis antara korban kebakaran tahfiz

 
Dua daripada 22 pelajar yang meninggal dunia itu adalah anak lelaki pegawai polis, F Zaska Yusoh.

kebakaran-tahfiz

PETALING JAYA: Walaupun polis mempertaruhkan nyawa mereka setiap hari untuk melindungi orang awam, tiada seorang pun daripada mereka dapat menyelamatkan 24 mangsa yang terkorban dalam kebakaran yang memusnahkan pusat tahfiz hari ini.

Dua dariada 22 pelajar yang meninggal dunia itu adalah anak lelaki pegawai polis, F Zaska Yusoh.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa mengesahkan kematian mangsa yang berusia 8 dan 11 tahun itu ketika dihubungi petang ini.

Zaska berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Cheras sebagai kakitangan jabatan siasatan jenayah.

Dalam kejadian awal pagi tadi, 22 orang pelajar dan 2 tenaga pengajar di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Ujung dilaporkan meninggal dunia selepas terperangkap dalam kebakaran yang berlaku pada jam 5.41 pagi.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata, pelan bangunan yang dikemukakan pusat tahfiz untuk permohonan mendapat kelulusan kebakaran, berbeza dengan reka bentuk sebenar sekolah itu.

Sementara itu, Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Mohd Zahid Mahmood menjelaskan mereka berpindah ke bangunan 3 tingkat terbabit sejak 7 bulan lalu.

Beliau yang juga presiden Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Kebangsaan (Pinta) berkata, bangunan asal milik sekolah itu yang terletak berhampiran tempat kejadian, sedang diubah suai dan akan siap tidak lama lagi.

Kementerian Kesihatan Malaysia menyatakan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas mangsa kebakaran pusat akan mengambil masa beberapa hari.



Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel 2 anak polis antara korban kebakaran tahfiz

Sekianlah artikel 2 anak polis antara korban kebakaran tahfiz kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 2 anak polis antara korban kebakaran tahfiz dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/09/2-anak-polis-antara-korban-kebakaran.html

Subscribe to receive free email updates: