Judul : Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah amat memilukan dan menyayat hati.
link : Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah amat memilukan dan menyayat hati.
Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah amat memilukan dan menyayat hati.
Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kuala Lumpur yang meragut nyawa 23 pelajar dan 2 orang warden adalah sebuah tragedi yang amat memilukan dan menyayat hati. Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa dan warga Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.
Saya telah mengunjungi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dan diberi taklimat oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar serta Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Dr. Asyraf Wajdi.
Walaupun kejadian ini berlaku di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, namun saya cukup mengalu-alukan kesediaan Kerajaan Negeri Selangor untuk memberi bantuan di antaranya pengurusan jenazah mangsa yang terlibat serta kaunseling kepada keluarga mangsa dan para pelajar yang terselamat.
Namun yang paling penting adalah kesediaan Kerajaan Negeri Selangor untuk memeriksa kesemua pusat-pusat pengajian tahfiz dan sekolah-sekolah agama di Selangor demi memastikan piawaian “amalan terbaik” keselamatan dan kesihatan.
Tragedi kebakaran di sekolah-sekolah agama dan tahfiz sering berulang di negara kita. Namun, dukacitanya tragedi sebegini seakan-akan tidak berkesudahan.
Rekod Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menunjukkan bahawa sebanyak 211 kebakaran pusat-pusat pengajian tahfiz telah berlaku di seluruh negara di antara tahun 2015-2017. Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah adalah kebakaran yang ke-212.
Sekarang bukanlah masanya untuk kita menunding jari mencari salah dan silap. Sekarang adalah masa untuk kita bersama-sama menghulurkan tangan memberi bantuan dan sokongan kepada waris mangsa serta para pelajar yang terselamat.
Kita harus bersama-sama mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi memastikan tragedi seumpama ini tidak akan berulang kembali di negara ini.
Marilah kita bersama-sama berdoa agar keluarga mangsa dan warga Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi musibah ini. Semoga roh para pelajar dan warden yang terkorban diberi keampunan, kerahmatan dan kesejahteraan oleh Allah SWT.
*Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Pakatan Harapan
Presiden Parti KEADILAN Rakyat
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah amat memilukan dan menyayat hati.
Sekianlah artikel Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah amat memilukan dan menyayat hati. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah amat memilukan dan menyayat hati. dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/09/kebakaran-pusat-tahfiz-darul-quran.html