Judul : Sivarasa setuju dengan Ambiga, hanya runding kerusi dengan PAS
link : Sivarasa setuju dengan Ambiga, hanya runding kerusi dengan PAS
Sivarasa setuju dengan Ambiga, hanya runding kerusi dengan PAS
Oleh Athirah Hanapiah
SHAH ALAM: Seorang pemimpin PKR bersetuju dengan cadangan untuk mewujudkan rundingan dengan PAS bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
Walau bagaimanapun Ahli Biro Politik PKR, R Sivarasa menegaskan, ia hanya melibatkan rundingan kerusi dan bukannya mahu membawa masuk kembali parti itu ke dalam gabungan pembangkang tersebut.
"Memang kita perlu rundingan untuk mengelak tiga penjuru, itu sahaja dan ini biasa dibuat.
"Rundingan ini bukan untuk membuat apa-apa pakatan dengan PAS, bukan untuk membuat apa-apa kerjasama dan hanya rundingan untuk kerusi, mana mereka akan bertanding, mana kita akan bertanding.
"Saya tegaskan hanya untuk elak tiga penjuru itu sahaja, sebab ramai orang yang salah faham dan mereka dapat tafsiran dengan menganggap ini ialah untuk membawa PAS balik ke dalam PH, itu mustahil dan itu bukan tujuannya, bukan untuk membuat kerjasama, tetapi hanya untuk mengelak tiga penjuru," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan bekas pengerusi bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan yang menyeru Pakatan Harapan (PH) mengadakan rundingan dengan PAS bagi mengelak pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya akan datang.
Menurutnya, PH perlu sedar hakikat bahawa hanya pertembungan satu lawan satu sahaja dapat menumbangkan Barisan Nasional (BN).
Namun katanya, cadangan itu hanya setakat diperingkat rundingan kerusi dan bukannya kerjasama PAS dengan PH.
Mengulas lanjut Sivarasa berkata, PAS melalui Timbalan Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man juga sudah bersetuju untuk berunding dengan PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berhubung perbincangan pengagihan kerusi.
Justeru Ahli Parlimen Subang itu berkata, mereka akan menggunakan peluang yang diberikan parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu sebaik mungkin bagi memastikan tiada pertembungan tiga penjuru diantara mana-mana parti, seterusnya memastikan kemenangan bukan memihak kepada BN.
"Walaupun tiada gabungan atau kerjasama kita berunding untuk kerusi itu sahaja dan itu yang kita akan lakukan untuk runding setakat yang boleh untuk mengelakkan tiga penjuru.
"PAS tidak mahu berunding dengan DAP atau Amanah, dia (PAS) sudah sebut, tetapi baru-baru ini Tuan Ibrahim, Timbalan Presiden PAS sudah mengumumkan mereka membenarkan rundingan dengan Keadilan (PKR) dan Bersatu (PPBM).
"Kita akan gunakan peluang itu sebab mereka sudah terbuka dan kita boleh rundingan itu," ujarnya lagi.
Isu rundingan bersama PAS menjadi punca kepada kekalutan yang berlaku dalam PH terutamanya dalam PKR.
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel Sivarasa setuju dengan Ambiga, hanya runding kerusi dengan PAS
Sekianlah artikel Sivarasa setuju dengan Ambiga, hanya runding kerusi dengan PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Sivarasa setuju dengan Ambiga, hanya runding kerusi dengan PAS dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/09/sivarasa-setuju-dengan-ambiga-hanya.html