'Keputusan Najib labur KWSP bertentangan peraturan kementerian'

'Keputusan Najib labur KWSP bertentangan peraturan kementerian' - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Keputusan Najib labur KWSP bertentangan peraturan kementerian', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Keputusan Najib labur KWSP bertentangan peraturan kementerian'
link : 'Keputusan Najib labur KWSP bertentangan peraturan kementerian'

Baca juga


'Keputusan Najib labur KWSP bertentangan peraturan kementerian'

MALAYSIAKINI


Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan meningkatkan pelaburan di Amerika Syarikat, bertentangan dengan peraturan kementeriannya sendiri.

"Apa yang beliau tidak sedar ialah pengumuman itu bertentangan dengan peraturan yang ditetapkan oleh kementerian kewangan yang menghadkan pelaburan luar negara KWSP kepada 30 peratus sahaja daripada jumlah pelaburan keseluruhan," kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, KWSP hampir mencapai had maksima 30 peratus pelaburan luar negara yang ditetapkan kementerian kewangan setakat Februari 2017.

KWSP juga dilaporkan mendedahkan bahawa pelaburan di luar negara menyumbang 29 peratus daripada jumlah aset pelaburannya.

"Saya tidak perlu menyebut kebodohan tahap maksima yang ditunjukkan oleh Datuk Seri Najib sebagai menteri kewangan yang bukan sahaja tidak menjalankan tugas seperti yang sepatutnya (dalam mendapatkan status QFPF bagi pihak KWSP), tetapi mengumumkan kepada dunia pelaburan tambahan KWSP di Amerika Syarikat yang melanggar peraturan yang ditetapkan kementerian beliau sendiri," kata Rafizi.

Semasa pertemuannya dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada Selasa, Najib mengumumkan bahawa KWSP akan meningkatkan pelaburan di Amerika Syarikat antara US AS$3 bilion dan AS$ 4 bilion bagi "membantu pembangunan infrastruktur di Amerika Syarikat".

Perdana menteri berkata, Malaysia juga mahu membantu dalam memperkukuh ekonomi AS.

Pengkritik bagaimanapun berkata jumlah pelaburan termasuk perjanjian berasingan untuk membeli pesawat penumpang bernilai antara AS $ 10 bilion dan AS $ 20 bilion, adalah lebih baik dibelanjakan untuk projek-projek infrastruktur tempatan.




Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel 'Keputusan Najib labur KWSP bertentangan peraturan kementerian'

Sekianlah artikel 'Keputusan Najib labur KWSP bertentangan peraturan kementerian' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Keputusan Najib labur KWSP bertentangan peraturan kementerian' dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/09/keputusan-najib-labur-kwsp-bertentangan.html

Subscribe to receive free email updates: