MP dakwa MCA paksa pelajar Cina hadir himpunan patriotik

MP dakwa MCA paksa pelajar Cina hadir himpunan patriotik - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MP dakwa MCA paksa pelajar Cina hadir himpunan patriotik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MP dakwa MCA paksa pelajar Cina hadir himpunan patriotik
link : MP dakwa MCA paksa pelajar Cina hadir himpunan patriotik

Baca juga


MP dakwa MCA paksa pelajar Cina hadir himpunan patriotik

MALAYSIAKINI





Anggota Parlimen PKR hari ini mendakwa MCA "memaksa" pelajar Cina dari Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) menghadiri perhimpunan patriotik yang dianjurkan parti itu esok.

Kolej universiti itu mewajibkan pelajar menghadiri acara yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dakwa Anggota Parlimen Selayang, William Leong.

MCA dilaporkan akan mengadakan perhimpunan yang digelar "Perhimpunan Patriotik Cina Malaysia" di Pusat Dagangan Dunia Putra, di mana kira-kira 10,000 orang dijangka hadir.

"Berapa ramai peserta yang dipaksa hadir? Orang ramai mungkin bukan betul-betul menyokong MCA," kata Leong dalam sidang akhbar di pusat khidmatnya.

Surat bertarikh 6 September yang dikeluarkan oleh kolej universiti itu menyatakan:

"Pelajar TAR UC dijemput menghadiri acara ini. Oleh itu, adalah wajib untuk semua wakil kelas Cina, pembantu kelas, penerima biasiswa dan wakil-wakil SRC (majlis perwakilan pelajar) menghadiri majlis itu kerana ia akan dijalankan dalam bahasa Cina."

Malaysiakini cuba menghubungi ketua pusat TAR UC, Yeoh Hock Seng dan setiausaha agung MCA, Ong Ka Chuan.

Sementara itu, jurucakap publisiti MCA, Ti Lian Ker berkata, acara itu tidak berunsur politik dan bukan bertujuan untuk menunjukkan sokongan masyarakat Cina terhadap MCA atau BN.

"Ini adalah perhimpunan patriotik yang dimulakan oleh MCA, iaitu mengenai nasionalisme, patriotisme dan menampilkan rakyat berketurunan Cina ke hadapan untuk mempamerkan patriotisme kami.

"Jadi tidak, ada ahli politik yang akan terus mempersoalkan patriotisme kami, malah Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan patriotisme kami," katanya ketika dihubungi.



Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel MP dakwa MCA paksa pelajar Cina hadir himpunan patriotik

Sekianlah artikel MP dakwa MCA paksa pelajar Cina hadir himpunan patriotik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MP dakwa MCA paksa pelajar Cina hadir himpunan patriotik dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/09/mp-dakwa-mca-paksa-pelajar-cina-hadir.html

Subscribe to receive free email updates: