Polis siasat kes orang awam dipukul 2 pegawai penguat kuasa

Polis siasat kes orang awam dipukul 2 pegawai penguat kuasa - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis siasat kes orang awam dipukul 2 pegawai penguat kuasa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis siasat kes orang awam dipukul 2 pegawai penguat kuasa
link : Polis siasat kes orang awam dipukul 2 pegawai penguat kuasa

Baca juga


Polis siasat kes orang awam dipukul 2 pegawai penguat kuasa

 
Mangsa membuat laporan selepas menyatakan dia dipukul beberapa lelaki antaranya seorang pegawai imigresen dan polis berpangkat Koperal dari Pasukan Gerakan Am Ulu Kinta.


Sum-Chang-Keong-polis-pukul-orang-awam


IPOH: Polis sedang siasat kes gaduh melibatkan pegawai imigresen dan polis dengan orang awam yang tular di media sosial baru ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata dakwaan pihak polis tidak mengambil tindakan berhubung perkara itu tidak benar.

“Pengadu, seorang setiausaha persatuan taman perumahan, hanya datang memberi percakapan petang semalam setelah menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun. Setakat ini, polis merakam 6 percakapan termasuk beberapa saksi,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Sum berkata mangsa membuat laporan di Balai Polis Tanjung Rambutan pada 11 September lepas menyatakan dia dipukul beberapa lelaki antaranya seorang pegawai imigresen Ipoh dan seorang polis berpangkat Koperal dari Pasukan Gerakan Am Ulu Kinta.

Beliau berkata, pengadu mengatakan pegawai imigresen yang juga anggota Persatuan Silat Waris Gayung memukulnya setelah ditegur lelaki yang mengatakan rasa tidak puas hati penduduk taman tersebut mengenai gelanggang Silat Waris Gayung yang terabai dan usang serta penuh sampah sarap.

“Atas teguran itu, suspek bertindak memanggil beberapa rakannya ke rumah pengadu dan mengugut membakar rumahnya dan tembak pengadu.

“Semasa pengadu hendak keluar dari rumahnya untuk berbincang masalah berkenaan, tiba-tiba suspek menumbuk serta menendang seluruh badan pengadu sehingga lebam pada badan dan kakinya,” katanya.



Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Polis siasat kes orang awam dipukul 2 pegawai penguat kuasa

Sekianlah artikel Polis siasat kes orang awam dipukul 2 pegawai penguat kuasa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis siasat kes orang awam dipukul 2 pegawai penguat kuasa dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/09/polis-siasat-kes-orang-awam-dipukul-2.html

Subscribe to receive free email updates: