Judul : Selepas ini, Malaysia bantu bola sepak Brazil, sindir PPBM
link : Selepas ini, Malaysia bantu bola sepak Brazil, sindir PPBM
Selepas ini, Malaysia bantu bola sepak Brazil, sindir PPBM
PETALING JAYA: Seorang pemimpin PPBM menyindir kenyataan Datuk Seri Najib Razak di White House baru-baru ini di mana Malaysia bersedia melibatkan diri dalam pembangunan infrastruktur di Amerika Syarikat.
Ketua Biro Strategi dan Dasar PPBM, Datuk Rais Hussin berkata kenyataan itu hanyalah “cakap besar” lebih-lebih lagi ekonomi Amerika 60 kali ganda lebih besar daripada Malaysia.
“Ia umpama Najib akan ke Brazil dan menawarkan kepakaran bola sepak kita untuk memperbaiki pasukan kebangsaan Brazil,” kata Rais.
Selasa lalu dalam pertemuannya dengan Trump, Najib berkata Malaysia mahu meningkatkan pelaburan di negara itu melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), termasuk membantu usaha membangunkan semula prasarana AS yang menjadi antara bahan kempen Trump pada pilihan raya presiden November lalu.
“Kami memiliki KWSP, yang merupakan dana pencen utama di Malaysia. Ia memiliki modal yang besar untuk dieksport, ia melabur hampir US$7 bilion dari segi ekuiti di AS dan ia berhasrat untuk melabur tambahan US$3 bilion hingga US$4 bilion bagi menyokong pembangunan semula prasarana anda,
” Najib memberitahu Trump di akhir mesyuarat yang dihadiri anggota pentadbiran kedua-dua negara.
“Saya ingin katakan bahawa kami datang ke sini dengan membawa cadangan nilai yang kukuh untuk dikemukakan. Kami mahu membantu anda mengukuhkan ekonomi AS,” kata Najib.
Pada pertemuan itu, Trump mengalu-alukan niat Malaysia untuk membeli pesawat Boeing dari AS, manakala Najib turut mengumumkan pembelian pesawat itu akan mencecah RM20 bilion dalam tempoh 5 tahun akan datang.
“Inilah cakap besar daripada 2 pemimpin yang berdepan siasatan persekutuan,” kata Rais.
Trump kini berdepan siasatan Jabatan Kehakiman AS (DoJ) atas salah guna kuasa untuk cuba menutup siasatan Biro Penyiasatan Persekutuan mengenai hubungan penasihat keselamatan lantikan Trump, Michael Flynn dengan kepentingan di Rusia.
DoJ juga terlibat dalam siasatan aset AS$1.7 bilion milik syarikat 1MDB yang diilhamkan Najib, yang didakwa dilarikan dan dicuri untuk membeli pelbagai barangan dan hartanah mewah. Siasatan DoJ itu menamakan beberapa individu termasuk anak tiri Najib, Riza Aziz, yang mengetuai sebuah syarikat filem Hollywood.
Rais mempersoalkan dari mana datangnya dana untuk membeli pesawat Boeing.
Menurutnya, Najib sepatutnya memohon supaya aset berbilion dolar yang dibekukan DoJ diserahkan kembali kepada Malaysia.
“Hakikatnya, pertemuan Najib dan Trump adalah sandiwara. Daripada cuba untuk mendapatkan semula dana dirampas DoJ, Najib langsung tidak menyebut mengenainya,” kata Rais.
“Selepas pelbagai tawaran Najib kepada Trump, apa manfaatnya kepada Malaysia? Kosong. Melainkan 3 kali istilah ‘great’ (hebat), dan penghargaan untuk pelaburan ‘besar’ Malaysia di AS, pujian atas pendirian mengenai IS, dan sudah tentu kerana Najib tidak berurusan dengan Korea Utara.”
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel Selepas ini, Malaysia bantu bola sepak Brazil, sindir PPBM
Sekianlah artikel Selepas ini, Malaysia bantu bola sepak Brazil, sindir PPBM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Selepas ini, Malaysia bantu bola sepak Brazil, sindir PPBM dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/09/selepas-ini-malaysia-bantu-bola-sepak.html