[PUSAT TAHFIZ TERBAKAR] MENTERI datang PAKAT tuding jari selepas tragedi, Patut Umum Bantuan

[PUSAT TAHFIZ TERBAKAR] MENTERI datang PAKAT tuding jari selepas tragedi, Patut Umum Bantuan - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [PUSAT TAHFIZ TERBAKAR] MENTERI datang PAKAT tuding jari selepas tragedi, Patut Umum Bantuan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [PUSAT TAHFIZ TERBAKAR] MENTERI datang PAKAT tuding jari selepas tragedi, Patut Umum Bantuan
link : [PUSAT TAHFIZ TERBAKAR] MENTERI datang PAKAT tuding jari selepas tragedi, Patut Umum Bantuan

Baca juga


[PUSAT TAHFIZ TERBAKAR] MENTERI datang PAKAT tuding jari selepas tragedi, Patut Umum Bantuan


BILA dah berlaku sesuatu kejadian menyebabkan kehilangan nyawa yang ramai, engkau pun mula mencari salah orang. Macam-macam kenyataan engkau keluarkan, tuding jari kepada pihak-pihak lain.
Engkau tak ada rasa simpati kepada keluarga mangsa. Bayangkan, bila engkau keluarkan kenyataan bahawa bangunan pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur, yang terbakar pagi tadi, tidak memenuhi spesifikasi keselamatan yang ditetapkan.
Apa perasaan keluarga? Anak atau anggota keluarga baru saja meninggal dunia, telah dipersalahkan, kerana belajar di pusat agama Islam yang bangunannya tidak menepati peraturan.
Engkau seorang menteri yang dipertanggungjawabkan untuk Wilayah Persekutuan. Apa kerja yang engkau buat hinggakan pusat tahfiz itu, seperti yang engkau kata, tidak mematuhi peraturan.
Bila terbakar dan mengorbankan 25 nyawa, tiba-tiba engkau pun hadir, bukan untuk memberi ucapan atau kenyataan yang memberi semangat kepada keluarga mangsa atau pihak sekolah, tapi engkau ‘hentam’ mereka.
Setelah membuat tinjauan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di pusat tahfiz itu – selepas terbakar – engkau kata premis itu hanya ada satu jalan keluar dan berbahaya kepada keselamatan penghuni.
Engkau kata lagi:
“Pemilik dan pengurusan pusat tahfiz berkenaan juga didapati tidak mempunyai kelulusan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta DBKL untuk menjalankan aktiviti pengajian tahfiz di premis itu.
“Kadang-kadang bila kita tegur dan suruh tutup sesebuah premis, saya dan DBKL dimarahi dan dikatakan tidak adil. Sebenarnya, kita tidak mahu perkara seperti ini berlaku.”
Sebagai pemimpin, engkau jangan melihat salah rakyat, kerana rakyat juga ada ‘mata dan telinga’. Jangan tumpu kepada politik sahaja. Pergilah periksa, masih banyak premis di Kuala Lumpur atau bandar-bandar besar, hanya ada satu jalan keluar sahaja. Cakap biarlah logik. 
Contoh, bangunan kedai dua atau tiga tingkat. Tingkat bawah memang ada pintu depan dan belakang. Tapi, tingkat dua dan tiga mana ada pintu belakang. Tangga pun tak ada. Tapi, ada Sijil Layak Menduduki (CF) yang dikeluarkan. Nak salahkan pengusaha? Penyewa? Kerana tinggal atau menyewa di tingkat dua atau tiga?
Ini sudah menjadi satu lumrah apabila berlaku sesuatu tragedi. Banyak kejadian sebelum ini pun, kenyataan hampir sama dibuat oleh pihak berkuasa dan menteri. Sedangkan, jika tidak ada CF kenapa dibiarkan juga pusat itu menjalankan aktiviti. Ambil tindakan tegas.
Kenapa tidak ambil tindakan? Sebab kasihan? Simpati? Anak-anak nak belajar agama! Nah, sekarang kasihan dan simpati lah.
Apabila tindakan tegas tidak diambil, pihak berkuasa hanya menunggu masa sesuai untuk menyalahkan pengusaha. Berlaku kejadian tidak diingini – apa lagi dengan pantaslah pihak berkuasa dan menteri, menuding jari kepada pengusaha atau pemilik bangunan.
Bangunan itu tiada CF lah, bangunan itu hanya ada satu pintu lah, bangunan itu sudah usang lah, wayar elektrik sudah lama.. dan macam-macam lagi salah yang dituding. Sedangkan, mereka sendiri tidak menyiasat dan mengambil tindakan tegas.
Patutnya, bila datang ke pusat tahfiz tu, umumkan lah bantuan apa yang patut. Jangan tunggu masa dekat pilihan raya baru nak umum bantuan
Wang yang hendak dilabur kononnya untuk membantu ekonomi Yahudi di Amerika Syarikat, boleh lah sedikit sebanyak disalurkan bagi membantu pusat tahfiz dan keluarga mangsa yang susah. Tak logik langsung sebab ekonomi Amerika lebih kukuh daripada Malaysia. Atau ada udang di sebalik mee!
It’s no use to lock the barn door after the horse has escaped
Razali bin Zakaria
Pengarang Kanan Ismaweb.net
Penafian: Artikel ini adalah pendapat penulis


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel [PUSAT TAHFIZ TERBAKAR] MENTERI datang PAKAT tuding jari selepas tragedi, Patut Umum Bantuan

Sekianlah artikel [PUSAT TAHFIZ TERBAKAR] MENTERI datang PAKAT tuding jari selepas tragedi, Patut Umum Bantuan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [PUSAT TAHFIZ TERBAKAR] MENTERI datang PAKAT tuding jari selepas tragedi, Patut Umum Bantuan dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/09/pusat-tahfiz-terbakar-menteri-datang.html

Subscribe to receive free email updates: