Judul : Trump puji Najib, Malaysia sedia beli jet AS$10 bilion
link : Trump puji Najib, Malaysia sedia beli jet AS$10 bilion
Trump puji Najib, Malaysia sedia beli jet AS$10 bilion
Dalam pertemuan di White House, perdana menteri berkata Malaysia berminat membeli pesawat Boeing bernilai AS$10 bilion dan melabur menerusi KWSP.
Ketibaan Najib di White House disambut Trump, dan kedua-dua pemimpin itu mengadakan perbincangan yang antara lain menyentuh minat Malaysia untuk membeli 25 buah pesawat Boeing 737.
Menurut Bernama, Najib turut memberitahu Trump kesediaan Malaysia untuk membantu ekonomi AS dengan melibatkan diri dalam membangunkan prasarana melalui pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bernilai antara AS$3 bilion dan $4 bilion.
Trump pula memuji langkah Malaysia memerangi keganasan.
“Beliau amat lantang dalam soal keganasan di Malaysia, dan seorang penyokong kuat dari segi itu,” kata Trump.
“Beliau tidak lagi terlibat dengan perniagaan dengan Korea Utara dan ia sesuatu yang penting bagi kami.”
Najib ditemani Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Duta Besar Malaysia Tan Sri Zulhasnan Rafique, Ketua Setiausaha Tan Sri Ali Hamsa dan ketua pengarah Majlis Keselamatan Negara Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.
Hadir sama dalam mesyuarat itu ialah Naib Presiden AS Mike Pence, Setiausaha Negara Rex Tillerson, Setiausaha Pertahanan James Mattis, Ketua Turus StafJohn Kelly, Penasihat Keselamatan H.R. McMaster dan Penasihat Kanan, Jared Kushner.
Kunjungan Najib ke White House itu menjadi perhatian ramai di Malaysia di sebalik kritikan pembangkang dan aktivis yang mempersoalkan Trump kerana menyambut Najib di tengah-tengah siasatan Jabatan Kehakiman AS (DoJ) berhubung dana 1MDB.
DoJ yang kini menjalankan siasatan jenayah melibatkan 1MDB, sebelum ini memfailkan saman sivil untuk merampas sejumlah aset bernilai AS$1.7 bilion yang menurutnya dibeli menggunakan dana dilarikan daripada 1MDB.
Ia mendakwa daripada 2009 sehingga 2015, berbilion dolar kepunyaan 1MDB dilencongkan pegawai tinggi tabung itu dan rakan mereka, dan antara yang dinamakan adalah ahli perniagaan Malaysia Low Taek Jho, anak tiri Najib, Riza Aziz dan beberapa pegawai tinggi lain. Najib tidak dinamakan dalam siasatan itu walaupun DoJ kerap menyebut “Malaysian Official 1” (MO1) beberapa kali.
Semalam, jurucakap White House Sarah Sanders enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai siasatan DoJ.
“Kami tidak akan mengulas berkenaan siasatan yang masih dijalankan Jabatan Kehaiman, dan siasatan itu tidak bersifat politik dan sudah tentu tiada kaitan dengan apa-apa yang akan berlaku esok,” katanya.
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel Trump puji Najib, Malaysia sedia beli jet AS$10 bilion
Sekianlah artikel Trump puji Najib, Malaysia sedia beli jet AS$10 bilion kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Trump puji Najib, Malaysia sedia beli jet AS$10 bilion dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/09/trump-puji-najib-malaysia-sedia-beli.html