Judul : Dua pesawat TUDM bersiap sedia hantar bantuan makanan kepada pelarian Rohingya
link : Dua pesawat TUDM bersiap sedia hantar bantuan makanan kepada pelarian Rohingya
Dua pesawat TUDM bersiap sedia hantar bantuan makanan kepada pelarian Rohingya
ANTARAPOS.COMSUBANG: Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tan Sri Affendi Buang berkata pihaknya bersedia dengan beberapa pesawat lagi bagi melaksanakan misi kemanusian bagi membantu pelarian Rohingya di Bangladesh.
Pesawat Charlie C130 dan A400M kini diletakkan dalam keadaan bersiap sedia untuk misi menghantar bantuan bekalan jika diminta oleh kerajaan.
“(Sabtu lepas) dilaksanakan misi kemanusiaan pertama, sekarang TUDM tunggu keputusan selanjutnya daripada kerajaan bila misi seterusnya akan dibuat.
“Kami akan pilih antara 2 aset ini, jika barang yang ingin dibawa banyak, sudah tentu A400M lebih sesuai,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Sukan 1 Keluarga bertemakan ‘Bangkit Bersama Sukan 1 Keluarga’ di Pangkalan Udara TUDM Subang hari ini.
Sabtu lalu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melancarkan Misi Kemanusiaan – Negaraku Prihatin, menggunakan 2 pesawat A400M TUDM bagi menghantar bekalan makanan dan barang keperluan seberat 12 tan ke Chittagong di Bangladesh.
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel Dua pesawat TUDM bersiap sedia hantar bantuan makanan kepada pelarian Rohingya
Sekianlah artikel Dua pesawat TUDM bersiap sedia hantar bantuan makanan kepada pelarian Rohingya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Dua pesawat TUDM bersiap sedia hantar bantuan makanan kepada pelarian Rohingya dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/09/dua-pesawat-tudm-bersiap-sedia-hantar.html