PM Singapura minta rakyat sokong Halimah

PM Singapura minta rakyat sokong Halimah - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PM Singapura minta rakyat sokong Halimah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PM Singapura minta rakyat sokong Halimah
link : PM Singapura minta rakyat sokong Halimah

Baca juga


PM Singapura minta rakyat sokong Halimah

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong menzahirkan keyakinannya bahawa Halimah Yacob akan menjalankan tanggungjawabnya sebagai presiden kelapan republik itu dengan cemerlang.
 
Menerusi catatan dalam Facebook beliau, Lee berkata pengalaman luas Halimah dalam arena politik akan memberi manfaat kepada rakyat republik berkenaan. 
 
“Presiden adalah mercu sistem politik kita dan lambang negara kita yang berbilang kaum, pelbagai agama,” katanya dalam catatan terbaru dalam Facebook beliau.
 
“Halimah pernah berkhidmat sebagai anggota kesatuan, pemimpin masyarakat, Anggota Parlimen, Menteri Negara dan Speaker.
 
“Pengalamannya yang luas semasa bekerja dengan rakyat Singapura daripada semua lapisan masyarakat, memperjuangkan nasib pekerja dan kumpulan kurang bernasib baik, akan dimanfaatkan semasa memegang jawatan presiden,” kata Lee.
 
Halimah dijadual mengangkat sumpah esok di Istana iaitu kediaman dan pejabat rasmi Presiden Singapura.
 
Lee berkata beliau sudah menghubungi Halimah untuk mengucapkan tahniah kepadanya menjadi presiden kelapan Singapura.
 
Perdana Menteri turut berterima kasih kepada Mohamed Salleh Marican dan Farid Khan Kaim Khan kerana menawarkan diri sebagai calon.
 
Mohamed Salleh adalah Ketua Pegawai Eksekutif Second Chance Properties, manakala Farid Khan merupakan pengerusi Bourbon Offshore Asia. 
 
Bagaimanapun permohonan kedua-duanya ditolak oleh Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden (PEC). 
 
“Keputusan yang dibuat bukan mudah bagi mereka dan keluarga memandangkan mereka akan menjadi perhatian media dan orang ramai. Mereka menghormati Perlembagaan, menjaga tatasusila dan kesopanan.
 
“Mereka tidak mengelirukan rakyat dengan janji yang melangkaui bidang kuasa seorang presiden, yang mana pernah berlaku sebelum ini. Saya juga berterima kasih kepada mereka kerana menerima keputusan Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden. Inilah cara untuk menjadikan proses demokratik berjalan lancar dan demi kepentingan rakyat Singapura,” katanya.
 
“Halimah akan mengangkat sumpah esok. Saya berharap kita semua akan menyokong beliau sebagai presiden kita seterusnya. Saya ingin bekerja dengan beliau untuk berkhidmat kepada rakyat Singapura dan negara,” kata Lee.
 
 


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel PM Singapura minta rakyat sokong Halimah

Sekianlah artikel PM Singapura minta rakyat sokong Halimah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PM Singapura minta rakyat sokong Halimah dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/09/pm-singapura-minta-rakyat-sokong-halimah.html

Subscribe to receive free email updates: