Judul : Kerajaan Guan Eng didakwa roboh bangunan warisan secara terburu-buru - Gerakan
link : Kerajaan Guan Eng didakwa roboh bangunan warisan secara terburu-buru - Gerakan
Kerajaan Guan Eng didakwa roboh bangunan warisan secara terburu-buru - Gerakan
ANTARAPOS.COMPULAU PINANG: Tindakan kerajaan negeri meluluskan kerja merobohkan sebuah bangunan Kategori II di tapak warisan Peel Avenue pada Jun tahun ini untuk projek pembesaran sebuah hospital dipersoal Gerakan Pulau Pinang.
Pemangku Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang, Jason Loo berkata kelulusan untuk projek pembesaran Island Hospital sehingga kini belum diperolehi.
Tindakan itu mengundang tanda tanya apakah kerajaan pimpinan DAP itu mahu menaikkan projek komersial di tanah yang sama.
"Adakah terdapat sebarang Penilaian Kesan Warisan yang dibuat sebelum kerajaan negeri DAP memberi kelulusan untuk meroboh bangunan warisan di tanah berkenaan.
"Jika projek pembesaran hospital tidak diluluskan, bagaimanakah mereka akan memulihkan semula projek yang bakal dirobohkan itu.
"Sekiranya projek pembesaran hospital tidak diluluskan, adakah tapak warisan yang dirobohkan itu akan dimajukan dan dibangunkan dengan satu lagi projek komersial,” katanya kepada pemberita di George Town hari ini.
Jason dalam pada itu memberitahu terdapat empat bangunan warisan di tanah berkenaan yang dikategorikan sebagai bangunan warisan Kategori II dalam senarai bangunan warisan negeri yang menghendaki setiap usaha dibuat untuk memuliharanya.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada Jun lalu mengumumkan bahawa kerajaan negeri telah menjual tanah seluas 2.6 hektar bernilai RM156 juta di Peel Avenue kepada Island Hospital Sdn Bhd bagi pembinaan projek "bandar perubatan".
Ujarnya tanah yang dimiliki Perbadanan Ketua Menteri (CMI) diberi hak milik kepada hospital itu secara pajakan selama 99 tahun, dengan bayaran pendahuluan RM30 juta, manakala baki pembayaran akan diselesaikan dalam tempoh tiga bulan, selepas memperoleh lesen daripada Kementerian Kesihatan.
Hairan dengan tindakan berkenaan, Jason turut menambah tidak ada rundingan awam diadakan bagi tujuan mendapat pandangan penduduk setempat sebelum kerajaan negeri mengambil keputusan berkenaan.
Apa yang lebih dikesali adalah penduduk di sekitar tanah itu juga tidak dimaklumkan berkenaan penjualan tanah itu kepada Island Hospital pada Disember 2016.
"Setelah mengetahui tanah itu telah dijual oleh CMI, saya tertanya-tanya berapa banyak lagi tanah yang dipindahkan kepada CMI. Saya bimbang jika kesemua tanah kerajaan di bawah CMI akan habis dijual dengan pantas dan mudah," katanya.
Sehubungan itu Jason mendesak Guan Eng segera menjawab segala persoalan yang dikemukakan itu sebagai satu langkah membuktikan ketelusan dalam pentadbiran mereka.
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel Kerajaan Guan Eng didakwa roboh bangunan warisan secara terburu-buru - Gerakan
Sekianlah artikel Kerajaan Guan Eng didakwa roboh bangunan warisan secara terburu-buru - Gerakan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Guan Eng didakwa roboh bangunan warisan secara terburu-buru - Gerakan dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/09/kerajaan-guan-eng-didakwa-roboh.html