Judul : WARISAN janji ubah ekonomi pantai timur Sabah
link : WARISAN janji ubah ekonomi pantai timur Sabah
WARISAN janji ubah ekonomi pantai timur Sabah
MALAYSIAKININaib Presiden Warisan, Junz Wong berkata, pelan hala tuju parti itu bertujuan menjadikan Tawau hab eksport makanan laut.
Wong berkata ini akan menghapuskan keperluan pengeluar makanan laut di Tawau mengangkut barangan mereka ke Kota Kinabalu sebelum ia boleh dieksport.
"Kami menyedari keperluan untuk memohon pensijilan dan ujian eksport untuk memastikan kawalan mutu produk makanan laut kami. Oleh itu hab ini juga akan menyediakan makmal untuk ujian tersebut.
"Kami yakin ini akan mengubah ekonomi rakyat dan menjadikan industri itu lebih cekap," kata Wong dalam satu kenyataan semalam.
Pelan tindakan itu juga merangkumi rancangan menaik taraf Pelabuhan Tawau, yang juga akan memberi manfaat kepada industri perikanan di Sandakan dan Lahad Datu, katanya.
Pulau MPOB
Mengenai Lahad Datu, Wong berkata kerajaan Warisan akan menubuhkan Lembaga Minyak Sawit Sabah (SPOB) untuk memecahkan pergantungan kepada lima pengeksport yang dipilih oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
"Kami percaya dengan adanya SPOB, kita apat membangunkan industri minyak sawit dengan lebih berkesan, terutamanya mengenai perindustrian hiliran.
"Pemain minyak kelapa sawit kami, serta pakar-pakar, mampu untuk memastikan kualiti minyak sawit mentah kita an menguruskan pembangunannya, bagi penduduk tempatan tahu apa yang terbaik untuk industri tersebut," kata Wong.
Beliau berkata kerajaan Warisan juga akan mengalihkan pangkalan penguatkuasaan tentera dan maritim dari Lok Kawi dan Sepanggar ke Lahad Datu untuk menangani isu keselamatan.
"Tawau akan menjadi pusat eksport makanan laut, Semporna sebagai syurga pelancongan, manakala Lahad Datu akan menumpukan perhatian kepada perindustrian hiliran kelapa sawit dan Sandakan akan memberi tumpuan kepada usaha campuran untuk hiliran kelapa sawit serta pelancongan.
"Usaha-usaha ini bukan sahaja akan mewujudkan banyak peluang pekerjaan tetapi juga meningkatkan peluang untuk keusahawanan di bawah kerajaan Warisan, terutama bagi generasi muda," tambah Wong.
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel WARISAN janji ubah ekonomi pantai timur Sabah
Sekianlah artikel WARISAN janji ubah ekonomi pantai timur Sabah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel WARISAN janji ubah ekonomi pantai timur Sabah dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/09/warisan-janji-ubah-ekonomi-pantai-timur.html