1 juta tonton video 'pensyarah macam kena telan ubat gegat

1 juta tonton video 'pensyarah macam kena telan ubat gegat - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 1 juta tonton video 'pensyarah macam kena telan ubat gegat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 1 juta tonton video 'pensyarah macam kena telan ubat gegat
link : 1 juta tonton video 'pensyarah macam kena telan ubat gegat

Baca juga


1 juta tonton video 'pensyarah macam kena telan ubat gegat

Klip video yang memaparkan reaksi penganalisis politik Kamarul Zaman Yussof sebelum dan selepas Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kejutan pada Wacana Sinar Harian di Shah Alam semalam telah mendapat lebih satu juta tontonan.
Video itu memperlihatkan bagaimana pensyarah dari Universiti Utara Malaysia (UUM) itu, yang pada mulanya nampak yakin dan lantang dalam kritikannya terhadap bekas perdana menteri itu, tetapi kemudian terpaku di kerusinya apabila Dr Mahathir dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Ali tampil dan duduk di barisan hadapan penonton.
Kamarul Zaman adalah salah satu daripada tiga ahli panel yang membincangkan tajuk "Apakah Tun M, terlalu tua untuk jadi PM?".
Dalam hantaran di Facebook pagi tadi, penganalisis itu menafikan bahawa dirinya terkedu dan terus terkucil ketakutan sebaik sahaja Dr Mahathir sampai ke majlis wacana itu.
Klip video berkenaan disiarkan di laman Facebook Kelab Che Det dengan tajuk, “Tengok muka prof ni bila Dr M datang macam kena telan ubat gegat. Kah kah kah. Sebelum tu bukan main lagi kutuk Dr M kan...”
Video itu bermula dengan Kamarul Zaman bercakap mengenai kesihatan mental sebagai faktor penting bagi calon perdana menteri, dengan alasan bahawa kemampuan kognitif merosot atau menurun mengikut usia.
Beliau kemudiannya memetik beberapa contoh kenytaan Mahathir, yang dakwanya menunjukkan kemampuan kognitif pemimpin berusia 93 tahun itu mula merosot.
Apabila Mahathir tiba, video tersebut menampilkan tajuk kecil di bahagian bawah “dah tak senang dudukt” semasa Kamarul Zaman terpaku di kerusi sambil terpingga-pingga sedangkan semua mereka di pentas dan juga para hadirin memilih untuk berdiri.
Moderator, Nazri Kahar kemudian memberitahu Kamarul Zaman bahawa beliau boleh berinteraksi secara langsung dengan Mahathir dan bekas perdana menteri itu boleh menjawap soalannya.
Ketika itu, profesor berkenaan kelihatan agak tidak selesa di kerusinya sambil tersenyum simpul dan menjawab, "saya okay". Dia kemudian kelihatan kehilangan kata-kata, dan tertera pula tajuk kecil, "Kenapa gagap. Hahaha."
Seterusnya, video memaparkan Dr Mahathir senyum apabila Kamarul Zaman menyoal sama ada bekas perdana menteri mampu mengawal parti seperti DAP dan tajuk yang muncil, "Aik..Tetebia cakap pasal DAP pulak... Tun senyum jelah."
Video itu berakhir dengan gambar Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah bergambar dengan ahli panel di pentas dengan bekas perdana menteri itu memandang ke arah Kamarul Zaman yang berdiri di sebelahnya. - mk


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel 1 juta tonton video 'pensyarah macam kena telan ubat gegat

Sekianlah artikel 1 juta tonton video 'pensyarah macam kena telan ubat gegat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 1 juta tonton video 'pensyarah macam kena telan ubat gegat dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/03/1-juta-tonton-video-pensyarah-macam.html

Subscribe to receive free email updates: