Nik Amar: Tun Mahathir Tak Layak Jadi PM Lagi Dek Kerana 'Baggage' Politik

Nik Amar: Tun Mahathir Tak Layak Jadi PM Lagi Dek Kerana 'Baggage' Politik - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nik Amar: Tun Mahathir Tak Layak Jadi PM Lagi Dek Kerana 'Baggage' Politik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nik Amar: Tun Mahathir Tak Layak Jadi PM Lagi Dek Kerana 'Baggage' Politik
link : Nik Amar: Tun Mahathir Tak Layak Jadi PM Lagi Dek Kerana 'Baggage' Politik

Baca juga


Nik Amar: Tun Mahathir Tak Layak Jadi PM Lagi Dek Kerana 'Baggage' Politik


KOTA BHARU: 'Baggage' atau 'masalah' politik Tun Dr Mahathir Mohamad selama 22 tahun menjadi perdana menteri dahulu merupakan faktor utama beliau tidak layak untuk memegang semula jawatan itu, kata Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Beliau berkata sebahagian besar masalah dalam pentadbiran negara ketika ini diwarisi daripada pentadbiran terdahulu terutama di bawah pemerintahan Dr Mahathir.

"Isu yang besar bagi kita pembangkang adalah 'baggage' politik Dr Mahathir selama beliau menjadi perdana menteri selama 22 tahun. Sebahagian besar masalah-masalah itu diwarisi kepimpinan UMNO selepas Dr Mahathir bersara.

"Jadi 'baggage' politik inilah merupakan faktor utama Dr Mahathir tidak layak untuk menjadi perdana menteri (sekali lagi)," kata Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan ketika ditemui pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim, hari ini.

Beliau mengulas langkah Pakatan Harapan yang mempertahankan tindakan mereka mencalonkan Dr Mahathir sebagai perdana menteri pada usia 93 tahun.

Mohd Amar berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika pentadbirannya pula terpaksa memikul kesilapan yang dilakukan oleh Dr Mahathir.

Mengulas lanjut, beliau berkata setiap individu mempunyai 'waktu kemuncak' masing-masing dan perlu berhenti apabila telah tiba waktunya.

"Orang main bola pun sampai umur 36 tahun sahaja, sebab dia memerlukan stamina yang kuat (untuk beraksi). Walaupun orang itu bijaksana tapi bila dah sampai peringkat umur tertentu, (prestasi) dia mula menurun).

"(Prestasi Dr Mahathir) mula menurun bila dia pecat Datuk Seri Anwar Ibrahim (sebagai timbalan perdana menteri) dan ia merupakan satu petanda bahawa dia sudah mula melakukan kesilapan demi kesilapan," katanya. #sumber


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Nik Amar: Tun Mahathir Tak Layak Jadi PM Lagi Dek Kerana 'Baggage' Politik

Sekianlah artikel Nik Amar: Tun Mahathir Tak Layak Jadi PM Lagi Dek Kerana 'Baggage' Politik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nik Amar: Tun Mahathir Tak Layak Jadi PM Lagi Dek Kerana 'Baggage' Politik dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/03/nik-amar-tun-mahathir-tak-layak-jadi-pm.html

Subscribe to receive free email updates: