"Rahsia Dua Tahun", Wan Azizah Cabar Najib Bentangkan Laporan Audit 1MDB

"Rahsia Dua Tahun", Wan Azizah Cabar Najib Bentangkan Laporan Audit 1MDB - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul "Rahsia Dua Tahun", Wan Azizah Cabar Najib Bentangkan Laporan Audit 1MDB, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : "Rahsia Dua Tahun", Wan Azizah Cabar Najib Bentangkan Laporan Audit 1MDB
link : "Rahsia Dua Tahun", Wan Azizah Cabar Najib Bentangkan Laporan Audit 1MDB

Baca juga


"Rahsia Dua Tahun", Wan Azizah Cabar Najib Bentangkan Laporan Audit 1MDB


KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini mencabar Datuk Seri Najib Razak untuk membentangkan laporan audit skandal 1MDB yang sudah dirahsiakan selama dua tahun.

Presiden Pakatan Harapan merangkap ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata pembentangan itu boleh membantu Najib untuk membersihkan nama beliau dan pentadbiran kerajaan.

“Saya mohon ketua audit negara mengklasifikasikan laporan audit 1MDB sebagai dokumen rahsia di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 disemak semula.

“Jika benar perdana menteri tidak terlibat dalam sebarang salah laku berkaitan skandal 1MDB, saya mencabar kerajaan bentangkan laporan audit 1MDB itu sebelum 5 April 2018.

“Benarkan Parlimen membahaskannya sekalipun hingga ke lewat malam hari terahir sidang Parlimen yang berlangsung sekarang.

“Terserahlah kepada rakyat membuat penilaian dan menerima hakikat dan kebenaran,” katanya sewaktu membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2017) 2018 di Dewan Rakyat hari ini.

Najib pada 23 Mac lalu dilaporkan berkata bahawa laporan siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai 1MDB membuat kesimpulan bahawa beliau tidak melakukan sebarang kesalahan.

Menurutnya, tidak terdapat dalam laporan 106 muka surat PAC itu yang menyatakan beliau mencuri wang daripada syarikat tersebut.

Mengulas perkara ini, Dr Wan Azizah berkata ia menimbulkan persoalan sama ada laporan itu ada menyebut tentang siasatan yang menuduh jika Najib mencuri daripada 1MDB.

“Mantan ketua audit negara mengklasifikasikan laporan audit 1MDB itu sebagai dokumen rahsia sejak Januari 2016. Ia masih kekal sehingga hari ini.

“Tidak ada keterangan menunjukkan bahawa kerajaan telah menarik balik pengklasifikasiannya sebagai dokumen rahsia rasmi.

“Saya ingin tanya sejak bilakah laporan PAC yang diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi itu sudah tidak lagi rahsia sehinggakan YAB Pekan (Najib) boleh memetik laporan tersebut?” katanya. #sumber



Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel "Rahsia Dua Tahun", Wan Azizah Cabar Najib Bentangkan Laporan Audit 1MDB

Sekianlah artikel "Rahsia Dua Tahun", Wan Azizah Cabar Najib Bentangkan Laporan Audit 1MDB kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel "Rahsia Dua Tahun", Wan Azizah Cabar Najib Bentangkan Laporan Audit 1MDB dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/03/rahsia-dua-tahun-wan-azizah-cabar-najib.html

Subscribe to receive free email updates: