Judul : Bekas Ketua Pengarang Berita TV3 Umum Jadi 'Calon Bebas' Parlimen Temerloh
link : Bekas Ketua Pengarang Berita TV3 Umum Jadi 'Calon Bebas' Parlimen Temerloh
Bekas Ketua Pengarang Berita TV3 Umum Jadi 'Calon Bebas' Parlimen Temerloh
TEMERLOH: Perjuangan isu alam sekitar di negeri menjadi faktor utama bekas Ketua Pengarang Berita TV3, Khaidir Ahmad, 56, mengumumkan bertanding atas tiket Bebas dalam PRU14 kali ini.
Presiden Perikatan Pencinta Alam Malaysia (ALAM) itu memberitahu beliau memilih untuk bertanding di kerusi Parlimen Temerloh selain turut berhasrat bertanding di kerusi Dun parlimen tersebut.
“Selain Parlimen Temerloh, saya mungkin juga akan bertanding di Dun sama ada di Dun Lanchang ataupun Kuala Semantan.. Asalnya mahu bertanding di kerusi Kuala Semantan namun persempadanan semula menyebabkan tempat tinggal (Lebak) berubah masuk ke dalam Dun Lanchang dan keputusan muktamadnya akan dibuat.
“Apa-apa pun keputusan saya bertanding kali ini kerana demi memperjuangkan isu alam sekitar selain mahukan suara pejuang alam sekitar didengari di parlimen dan Dun kerana selama ini belum ada ahli politik yang betul-betul berani menyuarakan dan memperjuangkan alam sekitar,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Tegasnya, beliau memilih bertanding secara bebas kerana tidak mahu terikat dengan mana-mana parti selain melihat tiada parti politik lain yang berani menyuarakan isu tersebut selama ini.
“Selama 33 tahun saya mendokong bukan menyokong kerajaan tetapi banyak peristiwa saya hadapi membuatkan kecewa kerana nasib rakyat tidak dipedulikan seperti nasib penternak, pengusaha ikan di negeri ini,” dakwanya lagi.
Dalam pada itu, beliau optimis dengan sokongan untuk meraih undi berdasarkan sokongan ramai pengikutnya di laman sosial dan juga di luar.
“Saya juga ambil semangat perjuangan Allahyarham Pak Sako, yang juga seorang pejuang, wartawan dan bapa saudara saya.
“Pada PRU ini saya keluarkan duit sendiri untuk belanja kempen dan wang deposit sebanyak RM23,000 ... saya alu-alukan mana-mana pihak sudi tampil membantu saya,” jelasnya lagi.
Situasi kali ini menyaksikan Parlimen Temerloh yang disandang calon Pas, Nasrudin Hassan Tantawi bakal menyaksikan pertembungan empat penjuru antara BN, Pas, Amanah dan Bebas. #sumber
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel Bekas Ketua Pengarang Berita TV3 Umum Jadi 'Calon Bebas' Parlimen Temerloh
Sekianlah artikel Bekas Ketua Pengarang Berita TV3 Umum Jadi 'Calon Bebas' Parlimen Temerloh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Bekas Ketua Pengarang Berita TV3 Umum Jadi 'Calon Bebas' Parlimen Temerloh dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/04/bekas-ketua-pengarang-berita-tv3-umum.html