Judul : Nurul Izzah Mendakwa Pemerhati Pilihan Raya Pernah Terima Dana Najib
link : Nurul Izzah Mendakwa Pemerhati Pilihan Raya Pernah Terima Dana Najib
Nurul Izzah Mendakwa Pemerhati Pilihan Raya Pernah Terima Dana Najib
Malaysian Commonwealth Studies Centre (MCSC) kata Nurul Izzah, mempunyai kaitan dengan sebuah badan yang dibiayai kerajaan Malaysia, Cambridge Malaysian Education Development Trust (CMEDT).
“MCSC yang berpusat di Cambridge, United Kingdom terbukti tidak berkemahiran dalam pemantauan pilihan raya dan hanya bertindak sebagai penganjur persidangan tahunan demokrasi dan pilihan raya.
“Malah, salah satu ahli lembaga pemegang amanah CMEDT ialah PM Najib Abdul Razak. Turut menjadi persoalan, apakah kepentingan ahli jawatankuasa eksekutif MCSC yang juga merupakan ahli pemegang amanah bagi CMEDT?” soalnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau memetik laporan Suruhanjaya Kebajikan U.K. yang melaporkan bahawa MCSC bekerjasama dengan CMEDT dan pernah menerima dana daripada kerajaan Malaysia sebelum ini.
“Bukankah ini satu lagi bukti bahawa adanya pihak berkepentingan dalam organisasi berkenaan, lalu bakal menjejaskan proses pilihan raya negara yang kian meruncing menjelang PRU14?,” soalnya.
“Tan Sri Mohd Hashim Abdullah wajib tampil menjawab secepat mungkin kerana isu ini membabitkan unsur penipuan, konflik kepentingan individu dan masa depan negara.
“Sebarang usaha untuk berdolak-dalik atau menolak soalan tentunya menampakkan ada perkara yang cuba disorok daripada pengetahuan rakyat Malaysia,” katanya. #sumber
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel Nurul Izzah Mendakwa Pemerhati Pilihan Raya Pernah Terima Dana Najib
Sekianlah artikel Nurul Izzah Mendakwa Pemerhati Pilihan Raya Pernah Terima Dana Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Nurul Izzah Mendakwa Pemerhati Pilihan Raya Pernah Terima Dana Najib dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/04/nurul-izzah-mendakwa-pemerhati-pilihan.html