BN Di Gesa Masukkan Pembinaan LPT Jengka Dalam Manifesto PRU!

BN Di Gesa Masukkan Pembinaan LPT Jengka Dalam Manifesto PRU! - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BN Di Gesa Masukkan Pembinaan LPT Jengka Dalam Manifesto PRU!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BN Di Gesa Masukkan Pembinaan LPT Jengka Dalam Manifesto PRU!
link : BN Di Gesa Masukkan Pembinaan LPT Jengka Dalam Manifesto PRU!

Baca juga


BN Di Gesa Masukkan Pembinaan LPT Jengka Dalam Manifesto PRU!


KUANTAN: Projek menaik taraf Jalan Persekutuan juga diteruskan bagi fasa kedua dari Bandar Pusat Jengka ke Felda Jengka 8, dari simpang Jengka 18 ke simpang Jengka 21 dan dari simpang Jengka 12 ke Jambatan Kuala Krau, itulah pembangunan yang bakal di bawa kepada masyarakat Jengka tidak lama lagi. 

Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Peneroka Felda Dewan Undangan Negeri (DUN) Jengka di Padang Awam Felda Jengka 11, semalam. 

Mengulas mengenai perkara itu, Penyelaras NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara), Mohd Shukri Mohd Ramli mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, kerana prihatin dengan keperluan penduduk di kawasan terbabit.

Namun, katanya semua itu bakal dinikmati oleh warga Jengka sebelah sana tetapi bukan Jengka sebelah sini (Jengka 2, 3, 4, 5, 6 dan 7). Wilayah Jengka katanya merangkumi kawasan segitiga, dan sewajarnya semua pihak wajib mendapat kemudahan.

"Sudahlah penduduk di kawasan terbabit mendapat kemudahan susu keluar LPT di Chenor, kini mereka nikmati lagi berbagai kemudahan yang dijanjikan oleh PM. Bagaimana dengan warga Jengka sebelah sini?", katanya. 

Justeru beliau merayu, Barisan Nasional (BN) Maran memasukkan agenda pembinaan susur keluar Jengka/Pekan Tajau dalam manifesto pilihanraya umum ke-14 ini. Jika tidak pasti ia akan dijadikan agenda parti pembangkang PAS atau pun PPBM dalam meraih undi golongan muda pada PRU kali ini.

"Sudah lama saya perjuangkan isu ini untuk kemudahan penduduk. Kini tiba masanya ia mendapat perhatian daripada pihak terbabit menjelang PRU14 tidak lama lagi. Ini kemudahan untuk semua generasi Felda dan kawasan sekitarnya seperti Pekan Tajau, Hulu Jempul, Pejing dan lain-lain lagi", tambah Shukri.

Beliau yang juga anak peneroka Felda Jengka 7, berharap perkara itu dapat diangkat segera dan bukan hanya sekadar untuk meraih undi semata-mata. 

"Tiba masanya perkara ini diberi perhatian serius oleh pemimpin setempat. Mereka harus ingat pengundi generasi kedua Felda akan balik untuk mengundi tidak lama lagi. Maka itu, berilah kepercayaan kepada mereka untuk kemudahan dan keselesaan di masa hadapan", katanya. 

"Buat masa ini, penduduk di sini terpaksa berpusing jauh melalui susur keluar di Plaza Tol Chenor atau Maran untuk ke destinasi masing-masing. Jika dilihat kepada nggaran selepas susur keluar Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dibina ialah Karak KM77 , +23 KM Lanchang KM100, +25 KM Temerloh KM125, +15 KM Chenor KM140, +20 KM Jengka/ Pekan Tajau KM160, +13 KM Maran KM173, +14 KM Srijaya KM187, +29 KM Gambang KM216
dan +22 KM Kuantan KM238. Maka pembinaan susur keluar Jengka. Pekan Tajau adalah relevan kerana susur keluar Chenor ke susur keluar Maran ialah sejauh 33km (jarak antara exit paling jauh) sebenarnya", tambah beliau lagi.

Beliau amatlah berharap sebagai kerajaan pada masa ini, UMNO Bahagian Maran lebih berperanan lagi untuk mengangkat isu ini dan jangan terlepas pandang terhadap isu ini. 

"Tolonglah cakna demi rakyat, ketika anda semua berkuasa. Pasti anda akan dikenang buat selama-lamanya kelak", katanya. #PDO


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel BN Di Gesa Masukkan Pembinaan LPT Jengka Dalam Manifesto PRU!

Sekianlah artikel BN Di Gesa Masukkan Pembinaan LPT Jengka Dalam Manifesto PRU! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BN Di Gesa Masukkan Pembinaan LPT Jengka Dalam Manifesto PRU! dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/04/bn-di-gesa-masukkan-pembinaan-lpt.html

Subscribe to receive free email updates: