Mahathir: ECRL Bakal Di Hentikan Jika PAKATAN "Menang" PRU14 Ini !

Mahathir: ECRL Bakal Di Hentikan Jika PAKATAN "Menang" PRU14 Ini ! - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahathir: ECRL Bakal Di Hentikan Jika PAKATAN "Menang" PRU14 Ini !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahathir: ECRL Bakal Di Hentikan Jika PAKATAN "Menang" PRU14 Ini !
link : Mahathir: ECRL Bakal Di Hentikan Jika PAKATAN "Menang" PRU14 Ini !

Baca juga


Mahathir: ECRL Bakal Di Hentikan Jika PAKATAN "Menang" PRU14 Ini !


SHAH ALAM: Jika Pakatan Harapan (PAKATAN) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), tidak mustahil Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bakal dihentikan kerana ia disifatkan satu pembaziran dan membebankan kewangan negara.

Pengerusi PAKATAN, Tun Dr Mahathir Mohamed berkata, beliau akan mengkaji semula projek membabitkan pembinaan laluan rel sejauh 688 kilometer merentasi sebahagian Selangor, Pahang, Terengganu dan Kelantan yang memakan belanja bernilai RM55 bilion.

“Jika tidak diperlukan, henti setakat yang sudah buat sahaja. Kita mungkin terpaksa membayar sejumlah pampasan tetapi itu lebih baik daripada menanggung hutang berterusan.

“Kalau difikirkan secara logik, siapa mahu menghabiskan masa 14 jam dalam kereta api dari Kota Bharu, Kelantan ke Pelabuhan Klang, Selangor berbanding 30 minit dengan menggunakan penerbangan,” katanya lapor Bernama.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Bicara Bersama Tun M Siri 2.0: Cabaran Ekonomi Anak Muda anjuran Akademi Siasah Anak Muda (Aksi Muda), semalam.

ECRL adalah projek dibiayai syarikat China yang dijangka siap, pada 2024.

Terdahulu, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali juga menegaskan jika projek itu tidak telus sehingga menelan belanja mahal, Kerajaan Negeri sama sekali membantah keras.

“Projek ini terlalu mahal. Ia menggunakan wang rakyat. Menjadi tanggungjawab saya menjaga hak rakyat dan bukan menjaga kepentingan syarikat yang cuba mengaut keuntundan melalui projek ini.

“Selain itu, Kerajaan Negeri juga membantah jika projek ini akan melalui Permatang Kuarza Gombak yang mendapat kelulusan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) iaitu warisan yang tidak boleh diusik,” katanya. #sumber


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Mahathir: ECRL Bakal Di Hentikan Jika PAKATAN "Menang" PRU14 Ini !

Sekianlah artikel Mahathir: ECRL Bakal Di Hentikan Jika PAKATAN "Menang" PRU14 Ini ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahathir: ECRL Bakal Di Hentikan Jika PAKATAN "Menang" PRU14 Ini ! dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/04/mahathir-ecrl-bakal-di-hentikan-jika.html

Subscribe to receive free email updates: