Hashim: "Pakatan Harapan" Perlu Kebenaran SPR, Untuk Guna Logo PKR

Hashim: "Pakatan Harapan" Perlu Kebenaran SPR, Untuk Guna Logo PKR - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hashim: "Pakatan Harapan" Perlu Kebenaran SPR, Untuk Guna Logo PKR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hashim: "Pakatan Harapan" Perlu Kebenaran SPR, Untuk Guna Logo PKR
link : Hashim: "Pakatan Harapan" Perlu Kebenaran SPR, Untuk Guna Logo PKR

Baca juga


Hashim: "Pakatan Harapan" Perlu Kebenaran SPR, Untuk Guna Logo PKR


PUTRAJAYA: Pakatan Harapan (PH) perlu mendapatkan kebenaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk semua parti komponennya menggunakan logo PKR pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.

Beliau berkata, SPR belum menerima notis rasmi daripada PH berhubung penggunaan logo PKR itu.

“Kebenaran menggunakan logo adalah daripada kita.

“Kalau dia mahu guna logo baru dan sebagainya, kita kena beri kelulusan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat SPR hari ini.

Semalam, Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan semua calon PH, termasuk DAP, Amanah dan PPBM akan bertanding di bawah lambang PKR pada PRU14.

Hashim enggan mengulas lanjut berhubung keputusan PH menggunakan logo PKR.

“Kita jawab kemudian, nanti bila sampai masanya hendak bertanding. Saya hendak minta maaf sebab tidak ada lagi pengesahan dari parti berkenaan, ini cuma dia bercakap.

“Esok dia boleh cakap lain, tetapi saya pula sudah berikan komen pada hari ini. Nanti komen saya tidak kena, jadi macam main badminton,” katanya merujuk pemilihan logo oleh PH.

Pengerusi SPR itu berkata, pihaknya akan mengambil tindakan terhadap parti yang tidak bertanding pada PRU14, tetapi mengibarkan bendera mereka di sesebuah kawasan.

“Apabila kita tahu siapa bertanding, calon mana, parti politik mana bertanding, barulah kita mengambil tindakan ke atas mana-mana parti politik yang tidak bertanding dalam kawasan itu.

“Katalah di Putrajaya, bertanding cuma 3 parti, iaitu parti A, parti B dan parti C. Cuma parti A, B, C sahaja yang kita benarkan pasang bendera dan kain rentang di Putrajaya.

“Tetapi, mana-mana parti yang tidak bertanding dalam kawasan ini, kita tidak benarkan. Tidak kira dia parti kerajaan ke bukan parti kerajaan,” katanya. #sumber



Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Hashim: "Pakatan Harapan" Perlu Kebenaran SPR, Untuk Guna Logo PKR

Sekianlah artikel Hashim: "Pakatan Harapan" Perlu Kebenaran SPR, Untuk Guna Logo PKR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hashim: "Pakatan Harapan" Perlu Kebenaran SPR, Untuk Guna Logo PKR dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/04/hashim-pakatan-harapan-perlu-kebenaran.html

Subscribe to receive free email updates: