Jabatan Penjara 'Tidak Lagi' Benar 'Peguam' Anwar Bertemu Beliau !

Jabatan Penjara 'Tidak Lagi' Benar 'Peguam' Anwar Bertemu Beliau ! - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jabatan Penjara 'Tidak Lagi' Benar 'Peguam' Anwar Bertemu Beliau !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jabatan Penjara 'Tidak Lagi' Benar 'Peguam' Anwar Bertemu Beliau !
link : Jabatan Penjara 'Tidak Lagi' Benar 'Peguam' Anwar Bertemu Beliau !

Baca juga


Jabatan Penjara 'Tidak Lagi' Benar 'Peguam' Anwar Bertemu Beliau !


PETALING JAYA: Jabatan Penjara tidak lagi membenarkan peguam Latheefa Koya menemui anak guamnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengumuman itu susulan daripada siasatan oleh pihak penjara ke atas penerbitan kenyataan daripada Anwar Sabtu lepas.

Putrajaya mempertikaikan bagaimana kenyataan itu, yang mengandungi kritikan bekas ketua pembangkang tentang persempadanan semula kawasan pilihan raya yang diluluskan dan pembentangan rang undang-undang Anti-Berita Tidak Benar di Dewan Rakyat minggu lalu, dikeluarkan kepada media.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed dilaporkan berkata peraturan penjara melarang Anwar berkomunikasi dengan dunia luar tanpa kebenaran ketua pengarah Jabatan Penjara.

Pengarah Jabatan Penjara Selangor dan Kuala Lumpur Darussalam Budin berkata peraturan penjara menetapkan sebarang pertemuan antara banduan dan peguam adalah bagi urusan berkaitan kes perbicaraan yang melibatkan banduan berkenaan sahaja.

“Seksyen 26 Akta Penjara 1995 menetapkan bahawa semasa menjalani hukuman seseorang banduan walaupun berada di luar penjara dan masih dalam tempoh hukuman masih tertakluk kepada peraturan-peraturan sepertimana berada di dalam penjara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan pensabitan liwat melibatkan bekas pembantu, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada Februari 2015.

Beliau dijangka dibebaskan pada 8 Jun ini, selepas selesai menjalani 2/3 tempoh hukuman selaras dengan peraturan penjara. #sumber


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Jabatan Penjara 'Tidak Lagi' Benar 'Peguam' Anwar Bertemu Beliau !

Sekianlah artikel Jabatan Penjara 'Tidak Lagi' Benar 'Peguam' Anwar Bertemu Beliau ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jabatan Penjara 'Tidak Lagi' Benar 'Peguam' Anwar Bertemu Beliau ! dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/04/jabatan-penjara-tidak-lagi-benar-peguam.html

Subscribe to receive free email updates: