Manifesto BN: Bank Rumah Khas, 'Tiada Diskaun' Bumi Bagi Rumah RM1 Juta

Manifesto BN: Bank Rumah Khas, 'Tiada Diskaun' Bumi Bagi Rumah RM1 Juta - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Manifesto BN: Bank Rumah Khas, 'Tiada Diskaun' Bumi Bagi Rumah RM1 Juta, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Manifesto BN: Bank Rumah Khas, 'Tiada Diskaun' Bumi Bagi Rumah RM1 Juta
link : Manifesto BN: Bank Rumah Khas, 'Tiada Diskaun' Bumi Bagi Rumah RM1 Juta

Baca juga


Manifesto BN: Bank Rumah Khas, 'Tiada Diskaun' Bumi Bagi Rumah RM1 Juta


KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) menerusi manifesto yang diumumkan malam ini, berikrar menubuhkan sebuah bank khas untuk memudahkan pinjaman bagi pembelian rumah mampu milik dan kos rendah berharga RM300,000 ke bawah.

Manifesto bertemakan “Bersama BN Hebatkan Negaraku” yang dilancarkan Datuk Seri Najib Razak itu turut berjanji menamatkan dasar diskaun untuk lot Bumiputera bagi hartanah berharga RM1 juta dan ke atas, juga pengecualian cukai bagi pendapatan sewa rumah.

BN turut berikrar menyediakan Skim Bantuan Sewa Perumahan Awam bagi membantu penyewa yang dikategorikan miskin dan orang kelainan upaya, serta memperkenalkan satu entiti tunggal bagi menyelaraskan inisiatif rumah mampu milik, termasuk memantau kerja pembinaan.

Menerusi teras Kediaman 1Negaraku, parti itu juga berjanji untuk membina perumahan mampu milik di tanah rizab Melayu, wakaf dan baitumal yang terbiar, serta membina semula rumah awam dan kos rendah melebihi 20 tahun menggunakan teknologi hijau serta moden.

Janji lain adalah:


  • Sebuah dana khas bernilai RM500 juta bagi menggalakkan inovasi dan memperkasakan usahawan Sistem Binaan Berindustri (IBS).
  • Insentif cukai atau dana pembangunan untuk menggalakkan bank dan pemaju perumahan menawarkan skim sewa untuk beli.


  • Membangunkan kuarters, bangunan dan tanah kerajaan yang kurang digunakan untuk rumah mampu milik serta projek pembangunan campuran.
  • Peluang untuk pesara kerajaan dan anak mereka membeli unit Perumahan Awam 1Malaysia (PPA1M) pada harga RM150,000 hingga RM300,000.


  • Lebih banyak rumah komuniti Felda, khasnya untuk peneroka generasi kedua dan ketiga.


  • Memperluaskan tempoh pengecualian duti setem bagi projek rumah terbengkalai yang dipulihkan semula.


  • Membina projek rumah mampu milik dan kos rendah di tanah rizab Melayu, wakaf dan baitulmal terbiar.


  • Meningkatkan kapasiti Program Bantuan Perumahan untuk memulihkan dan memperbaiki rumah usang di kawasan pedalaman.


  • Menaik taraf rumah panjang di Sarawak, rumah air di Sabah, rumah Orang Asli dan unit perumahan pekerja ladang di Semenanjung.
  • Dana khas untuk Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMC) untuk menaik taraf bangunan strata.


  • Meningkatkan had tuntutan di bawah Tribunal Perumahan Dan Pengurusan Strata dari RM50,000 kepada RM100,000.


  • Memperluaskan pihak kuasa untuk memulihkan projek rumah terbengkalai daripada had semasa RM70,000 kepada RM120,000. (Ini melibatkan 21 projek terbengkalai dan 2,794 unit dengan peruntukan sebanyak RM123 juta)


  • Membantu 50,000 pembeli rumah yang menjadi mangsa pemaju perumahan tidak berlesen.


  • Mewajibkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) ke atas pembinaan rumah mampu milik oleh pemaju yang menerima pelaburan kerajaan.


  • Menubuhkan sebuah tribunal penyelesaian konflik untuk sebarang pertikaian membabitkan perumahan awam.


  • Perbadanan Pengurusan Perumahan Awam Negara untuk memantau dan mengurus isu perumahan awam


  • 1,800 unit rumah di bawah Program 1 Anggota 1 Rumah (SASaR) untuk anggota veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).


  • Membina 45,000 unit “Rumah Keluarga Angkatan Tentera”

  • Mewujudkan Program Pembaikan Rumah Veteran 1Malaysia dengan sasaran 1,800 penerima menjelang 2020.


  • 10,000 unit rumah PPA1M untuk anggota polis.


  • 10,000 unit rumah mampu milik di bawah Program 1 Anggota 1 Rumah (SASaR), khas untuk anggota tentera.


  • Memperkenalkan Perjanjian Jual dan Beli Rumah patuh syariah yang akan menambah baik sistem perbankan Islam sedia ada. #sumber


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Manifesto BN: Bank Rumah Khas, 'Tiada Diskaun' Bumi Bagi Rumah RM1 Juta

Sekianlah artikel Manifesto BN: Bank Rumah Khas, 'Tiada Diskaun' Bumi Bagi Rumah RM1 Juta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Manifesto BN: Bank Rumah Khas, 'Tiada Diskaun' Bumi Bagi Rumah RM1 Juta dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/04/manifesto-bn-bank-rumah-khas-tiada.html

Subscribe to receive free email updates: