PH Akan Kaji Perlembagaan Elak RUU Lulus Tanpa Persetujuan Agong

PH Akan Kaji Perlembagaan Elak RUU Lulus Tanpa Persetujuan Agong - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PH Akan Kaji Perlembagaan Elak RUU Lulus Tanpa Persetujuan Agong, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PH Akan Kaji Perlembagaan Elak RUU Lulus Tanpa Persetujuan Agong
link : PH Akan Kaji Perlembagaan Elak RUU Lulus Tanpa Persetujuan Agong

Baca juga


PH Akan Kaji Perlembagaan Elak RUU Lulus Tanpa Persetujuan Agong


PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pakatan Harapan (PH) akan mengkaji semula Perlembagaan Persekutuan untuk mengembalikan kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam meluluskan rang undang-undang (RUU).

Beliau berkata demikian susulan jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said di Dewan Rakyat baru-baru ini yang kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak berhasrat mengembalikan kuasa Agong untuk memberi persetujuan bagi meluluskan RUU menjadi akta.

Ketua umum PH itu berkata, persetujuan Agong amat penting untuk menjamin keseimbangan antara eksekutif, legislatif dan Agong dalam meluluskan undang-undang.

“Saya amat terkejut dengan pendirian Umno dalam isu ini. Ia membuktikan dakwaan Umno mempertahan institusi raja-raja Melayu dan kepentingan orang Melayu hanyalah dakyah propaganda semata-mata untuk meraih sokongan orang Melayu terhadap Umno-BN!” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Perlembagaan Persekutuan sedia ada tidak mewajibkan persetujuan Agong untuk meluluskan RUU dan ia boleh menyebabkan salah guna kuasa oleh kerajaan.

“Contoh paling teruk adalah pewartaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN), walaupun Majlis Raja-raja berpendapat beberapa peruntukan dalam RUU itu perlu diperhalusi. MKN telah diwartakan tanpa menerima perkenan Yang di-Pertuan Agong.”

Pada 2 Januari lalu, Anwar memfailkan permohonan di Mahkamah Persekutuan bagi membatalkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan RUU diluluskan secara automatik sebagai undang-undang tanpa persetujuan Agong.

Beliau memohon kebenaran mahkamah di bawah Perkara 4(4) Perlembagaan Persekutuan untuk mempertikaikan kesahihan 3 pindaan pada 1983, 1984 dan 1994 terhadap Akta Perlembagaan.

Peguam Anwar, N Surendran dilaporkan berkata, sebelum 1993, RUU hanya boleh menjadi undang-undang selepas mendapat persetujuan Agong.

Kini, di bawah Fasal 66(4) Perlembagaan Persekutuan, RUU akan menjadi akta secara automatik dalam tempoh 30 hari, walaupun tanpa persetujuan Agong.

“Saya berasa jijik mendengar kemunafikan pihak yang berkata kononnya merekalah yang mempertahan institusi raja-raja, tetapi kerajaan Umno-BN melalui peguam-peguamnya yang melawan habis-habisan tindakan mahkamah yang saya mulakan ini,” kata Anwar.

Bekas ketua pembangkang itu berkata, PH komited mempertahankan integriti Perlembagaan Persekutuan dan kedudukan institusi raja-raja dalam kerangka Perlembagaan.

“Kerajaan PH akan melihat kembali isu ini dengan niat meminda Perlembagaan demi mengembalikan keseimbangan keperlembagaan seperti yang diniatkan sewaktu merdeka, dan demi mempertahan kedudukan raja-raja Melayu.”

Pada Ogos 2016, Anwar memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar kesahihan Akta MKN sehari selepas ia berkuat kuasa di bawah Perkara 66 (4A) Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun, kes itu ditolak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 14 Oktober 2016, selepas Hakim Datuk Hanipah Farikullah membenarkan bantahan awal kerajaan yang mahkamah tiada kuasa membatalkan Akta MKN, kecuali mendapat kebenaran Mahkamah Persekutuan.

Mahkamah Rayuan pada 6 November lalu mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak kes Anwar mencabar Akta MKN. #sumber


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel PH Akan Kaji Perlembagaan Elak RUU Lulus Tanpa Persetujuan Agong

Sekianlah artikel PH Akan Kaji Perlembagaan Elak RUU Lulus Tanpa Persetujuan Agong kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PH Akan Kaji Perlembagaan Elak RUU Lulus Tanpa Persetujuan Agong dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/04/ph-akan-kaji-perlembagaan-elak-ruu.html

Subscribe to receive free email updates: