Perdana Menteri Umum Parlimen Di Bubar Mulai Esok, 7 Julai 2018 !

Perdana Menteri Umum Parlimen Di Bubar Mulai Esok, 7 Julai 2018 ! - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Perdana Menteri Umum Parlimen Di Bubar Mulai Esok, 7 Julai 2018 !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Perdana Menteri Umum Parlimen Di Bubar Mulai Esok, 7 Julai 2018 !
link : Perdana Menteri Umum Parlimen Di Bubar Mulai Esok, 7 Julai 2018 !

Baca juga


Perdana Menteri Umum Parlimen Di Bubar Mulai Esok, 7 Julai 2018 !


PUTRAJAYA: Parlimen dibubarkan esok bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-14 diadakan, yang besar kemungkinan pada akhir bulan ini atau awal Mei.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran itu di Bangunan Perdana Putra hari ini, berbeza dengan kelaziman pengumuman dan pembubaran dibuat pada hari yang sama.

"Saya ingin memaklumkan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa saya telah pun menghadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V dan menyembah warkah kepada Baginda memohon perkenan supaya Parlimen ke-13 dibubarkan pada hari Sabtu, 7 April 2018," katanya dalam ucapan khas pembubaran Parlimen ke-13.

Pengumuman pembubaran Parlimen itu disiarkan secara langsung melalui televisyen dan Facebook rasmi Najib dari Pejabat Perdana Menteri pada pukul 12 tengah hari dan dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta menteri-menteri Kabinet.

Sejumlah 14.9 juta pemilih berdaftar layak mengundi berdasarkan kepada Daftar Pemilih Suku Keempat 2017 pada tarikh yang akan ditentukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kelak.

Para pemerhati politik meramalkan pilihan raya itu akan diadakan akhir bulan atau awal bulan depan, sebelum umat Islam menunaikan ibadah puasa pada pertengahan Mei.

Dengan pembubaran Parlimen ke-13, perdana menteri menasihati semua ketua kerajaan negeri untuk mendapatkan perkenan Sultan dan Yang Dipertua Negeri membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing, kecuali Sarawak, bagi membolehkan pilihan raya diadakan serentak.

Najib berkata pembubaran ini menzahirkan komitmen kerajaan BN terhadap proses demokrasi berparlimen dengan membolehkan PRU14 dijalankan menurut lunas undang-undang.

Menegaskan bahawa kuasa untuk memilih kerajaan berada sepenuhnya di tangan rakyat, beliau berkata semua pihak khususnya parti-parti bertanding wajib memahami bahawa Malaysia mengamalkan sistem pilihan raya yang berasaskan jumlah kerusi dimenangi dan bukannya berdasarkan kiraan undi popular.

Bersama-sama Ahmad Zahid dan barisan kepimpinan BN, Najib yang merupakan Pengerusi BN dan Presiden UMNO berkata mereka akan bertemu rakyat di seluruh pelosok negara bagi memberi penerangan dan meyakinkan rakyat Malaysia tentang manifesto dan hala tuju negara yang direncanakan.

"… (manifesto dan hala tuju negara), yang kami carta serta rencanakan dengan teliti, agar para pengundi memberi mandat dan peluang sekali lagi kepada kami, untuk membentuk sebuah kerajaan yang kuat lagi stabil, dengan majoriti yang kukuh.

"Dengan izin Tuhan, jika kemenangan sekali lagi berpihak kepada Barisan Nasional, kami sesungguhnya berjanji dan berikrar, akan melakukan yang terbaik, lebih baik daripada sebelumnya, dengan melakukan transformasi yang lebih besar, inklusif lagi komprehensif kepada rakyat serta negara," katanya.

Dengan pembubaran Parlimen ke-13, perdana menteri menasihati semua ketua kerajaan negeri untuk mendapatkan perkenan Sultan dan Yang Dipertua Negeri membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing, kecuali Sarawak, bagi membolehkan pilihan raya diadakan serentak.

Najib berkata pembubaran ini menzahirkan komitmen kerajaan BN terhadap proses demokrasi berparlimen dengan membolehkan PRU14 dijalankan menurut lunas undang-undang.

Menegaskan bahawa kuasa untuk memilih kerajaan berada sepenuhnya di tangan rakyat, beliau berkata semua pihak khususnya parti-parti bertanding wajib memahami bahawa Malaysia mengamalkan sistem pilihan raya yang berasaskan jumlah kerusi dimenangi dan bukannya berdasarkan kiraan undi popular.

Bersama-sama Ahmad Zahid dan barisan kepimpinan BN, Najib yang merupakan Pengerusi BN dan Presiden UMNO berkata mereka akan bertemu rakyat di seluruh pelosok negara bagi memberi penerangan dan meyakinkan rakyat Malaysia tentang manifesto dan hala tuju negara yang direncanakan.

" (manifesto dan hala tuju negara), yang kami carta serta rencanakan dengan teliti, agar para pengundi memberi mandat dan peluang sekali lagi kepada kami, untuk membentuk sebuah kerajaan yang kuat lagi stabil, dengan majoriti yang kukuh.

"Dengan izin Tuhan, jika kemenangan sekali lagi berpihak kepada Barisan Nasional, kami sesungguhnya berjanji dan berikrar, akan melakukan yang terbaik, lebih baik daripada sebelumnya, dengan melakukan transformasi yang lebih besar, inklusif lagi komprehensif kepada rakyat serta negara," katanya.

BN, yang mentadbir negara sejak enam dekad lepas dijangka menghadapi saingan sengit daripada parti-parti pembangkang yang menggelarkan gabungan mereka sebagai Pakatan Harapan.

Najib pernah menyifatkan pilihan raya umum kali ini sebagai ?bapa segala pilihan raya' lebih-lebih lagi dengan kehadiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu kembali menjadi perdana menteri pada usia 93 tahun sekiranya pembangkang menang.

Tempoh mandat kerajaan BN pimpinan Najib sepatutnya berakhir pada 24 Jun ini.

Mengikut Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran Parlimen.

Sebanyak 222 kerusi Parlimen dan 505 Dewan Undangan Negeri menjadi rebutan parti-parti bertanding pada pilihan raya umum kali ini untuk mendapatkan mandat mentadbir Malaysia yang mempunyai 31.7 juta penduduk.

Sarawak telah mengadakan pilihan raya negeri pada 7 Mei 2016 yang menyaksikan BN diberikan mandat besar apabila memenangi 72 daripada 82 kerusi DUN. #sumber


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Perdana Menteri Umum Parlimen Di Bubar Mulai Esok, 7 Julai 2018 !

Sekianlah artikel Perdana Menteri Umum Parlimen Di Bubar Mulai Esok, 7 Julai 2018 ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Perdana Menteri Umum Parlimen Di Bubar Mulai Esok, 7 Julai 2018 ! dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/04/perdana-menteri-umum-parlimen-di-bubar.html

Subscribe to receive free email updates: