Rasi Yatim 'Persoal', Kenapa JPPM Bubarkan PPBM Menjelang PRU14 ?

Rasi Yatim 'Persoal', Kenapa JPPM Bubarkan PPBM Menjelang PRU14 ? - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rasi Yatim 'Persoal', Kenapa JPPM Bubarkan PPBM Menjelang PRU14 ?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rasi Yatim 'Persoal', Kenapa JPPM Bubarkan PPBM Menjelang PRU14 ?
link : Rasi Yatim 'Persoal', Kenapa JPPM Bubarkan PPBM Menjelang PRU14 ?

Baca juga


Rasi Yatim 'Persoal', Kenapa JPPM Bubarkan PPBM Menjelang PRU14 ?


PETALING JAYA: Veteran Umno, Tan Sri Rais Yatim hari ini mempersoalkan keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) mengumumkan pembubaran sementara PPBM, menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Penasihat hal ehwal sosial dan kebudayaan kepada kerajaan itu berkata, JPPM tidak sepatutnya menjadi pisau untuk menyembelih demokrasi negara.

“Apa perlunya pendaftar pertubuhan buat sidang akhbar tentang penggantungan sementara PPBM di ambang PRU14?

“Bukankah lebih baik panggil sahaja setiausaha PPBM dan beri nasihat? Seksyen 14(5) (Akta Pertubuhan 1966) tidak perlu dijadikan pisau penyembelih demokrasi, terasa sangat sesuatu yang tak kena,” tulisnya di Twitter hari ini.

Semalam, JPPM mengeluarkan perintah pembubaran sementara kepada PPBM dengan memberi 30 hari untuk melengkapkan butiran diperlukan atau berdepan pembubaran kekal.

Ketua Pengarah JPPM, Surayati Ibrahim dilaporkan berkata, perintah itu dikeluarkan mengikut Seksyen 14 (5) Akta Pertubuhan 1966 dan PPBM tidak dibenarkan menggunakan nama, logo dan melaksanakan aktiviti berkaitan parti dalam tempoh 30 hari pembubaran sementara itu.

Katanya, pembubaran sementara itu disebabkan kegagalan PPBM menyerahkan semua maklumat dan dokumen yang diminta menerusi notis statutori di bawah Seksyen 14 (2) yang dikeluarkan kepada parti itu pada 28 Februari lalu, merujuk minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusat serta perihal penyata kewangan parti.

Ia susulan aduan ahli parti itu mengenai perhimpunan agung tahunan (AGM) pertamanya pada Disember lalu.

Susulan itu, Pengerusi Biro Strategi dan Dasar PPBM, Datuk Rais Hussin berkata, parti itu akan mengambil tindakan undang-undang terhadap JPPM yang didakwa tidak menjalankan tugas dengan konsisten dan amanah.

Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad pula mendakwa JPPM melanggar Akta Pertubuhan dalam mengeluarkan perintah pembubaran sementara dan menganggap parti itu masih boleh menjalankan aktiviti.

Beliau berkata, antara sebabnya ialah perintah pembubaran sementara tidak disampaikan dengan sempurna dan oleh itu ia dianggap tidak sah.

Beliau memetik Seksyen 62 Akta Pertubuhan 1966 yang memerlukan perintah seperti itu disampaikan kepada 4 pemegang jawatan di alamat berdaftar pertubuhan berkenaan.

“Sehingga kini, kami pemegang jawatan PPBM, iaitu saya (selaku) pengerusi, Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, setiausaha agung dan bendahari tidak pernah disampaikan apa-apa notis perintah sementara pembubaran,” kata bekas Perdana Menteri itu. #sumber


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Rasi Yatim 'Persoal', Kenapa JPPM Bubarkan PPBM Menjelang PRU14 ?

Sekianlah artikel Rasi Yatim 'Persoal', Kenapa JPPM Bubarkan PPBM Menjelang PRU14 ? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rasi Yatim 'Persoal', Kenapa JPPM Bubarkan PPBM Menjelang PRU14 ? dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/04/rasi-yatim-persoal-kenapa-jppm-bubarkan.html

Subscribe to receive free email updates: