[BACALAH] Najib : Sebelum jadi Kerajaan, KEPAKARAN PH ialah Propaganda

[BACALAH] Najib : Sebelum jadi Kerajaan, KEPAKARAN PH ialah Propaganda - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [BACALAH] Najib : Sebelum jadi Kerajaan, KEPAKARAN PH ialah Propaganda, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [BACALAH] Najib : Sebelum jadi Kerajaan, KEPAKARAN PH ialah Propaganda
link : [BACALAH] Najib : Sebelum jadi Kerajaan, KEPAKARAN PH ialah Propaganda

Baca juga


[BACALAH] Najib : Sebelum jadi Kerajaan, KEPAKARAN PH ialah Propaganda




Sebelum menjadi kerajaan, kepakaran serta kehebatan PH yang mengatur dan menggunakan propaganda terhadap kerajaan BN diakui ramai.

Setelah menjadi kerajaan, kepakaran ini akan bertambah baik kerana mereka boleh menggunakan agensi-agensi kerajaan dan media yang mereka kawal.

Saya dapat lihat apa yang sedang berlaku dengan mata sendiri, termasuk isu Tabung Haji beberapa hari ini di mana tajuk berita media tempatan dan kenyataan pemimpin PH membuat dakwaan bahawa BN telah mencuri ataupun menyeleweng RM22 juta duit Tabung Haji.

Dakwaan-dakwaan ini dibuat tepat untuk minggu ini sebelum perhimpunan 812.





Setelah saya membaca laporan media mengenai kes ini dengan lebih mendalam serta bertanya beberapa rakan yang lebih mengetahui tentang isu ini, inilah hasil penelitian saya.

Isu pertama ialah dua laporan polis yang dibuat hari Jumaat lalu.

1. Laporan pertama menuduh bahawa duit RM22 juta Yayasan Tabung Haji telah digunakan pada tahun 2017 untuk aktiviti yang ada kecenderungan politik.

Laporan ini tidak mendakwa RM22 juta sudah hilang, diseleweng ataupun di rompak oleh sesiapa.

Ia juga tidak mendakwa RM22 juta ini semuanya dari Tabung Haji tetapi dari Yayasan Tabung Haji.

RM22 juta ini adalah daripada sumber berikut:
- RM7 juta dari wang zakat Tabung Haji
- RM8 juta dari sumbangan UMNO sebanyak RM8 juta
- RM 7 juta dari program CSR Kerajaan Persekutuan dan CSR syarikat-syarikat swasta.

Kesemua RM22 juta telah disumbangkan kepada 100,000 penerima dari golongan asnaf melalui tiga program bersama yang diadakan iaitu Ziarah Kasih, Jom Bantu Rakyat dan Ziarah Kasih Ramadan, tahun lalu.

Acara-acara ini mengambil masa beberapa bulan dan tidak pernah dirahsia atau disembunyikan. Malah, ia di beri liputan yang meluas dari media-media tempatan.

UMNO tidak rompak RM22 juta dari Yayasan Tabung Haji, Sebaliknya, UMNO menyumbang RM8 juta kepada yayasan ini.

Adakah salah untuk 100,000 orang dari golongan asnaf menerima pertolongan?

Saya amat dukacita bahawa niat yang baik telah diputar-belitkan sebagai propaganda untuk memburukkan UMNO.

Laporan polis kedua membabitkan pengurus kanan Tabung Haji yang bukanpun orang UMNO.

2. Laporan polis kedua ini melibatkan pengurus-pengurus kanan lama TH berkaitan penjualan 95% pegangan dalam syarikat PT TH Indo Plantations untuk RM3.8 bilion (AS$910 juta) pada tahun 2012 di mana mereka telah didakwa telah menyembunyikan maklumat tentang penjualan tersebut.

Tidak ada dakwaan bahawa terdapat penyelewengan ataupun kecurian telah berlaku untuk penjualan ini ataupun harga jualan di bawah harga pasaran.

Pengurus-pengurus kanan lama TH yang dilaporkan bukanpun orang UMNO ataupun ahli politik.

Mereka ialah dari golongan profesional yang selama ini mengurus TH dengan baik sejak tahun 2008 di mana jumlah umat Islam yang berjaya menunaikan Haji dengan sempurna setiap tahun telah meningkat dengan tinggi menunaikan ibadah haji.

Aset Tabung Haji meningkat dari RM20.3 bilion pada akhir tahun 2008 kepada RM73 bilion sekarang.

Tempoh ini juga melihat dividen-dividen TH yang lebih tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya termasuk untuk 3 tahun terakhir Tun Mahathir mejadi PM ke-4 seperti berikut:

Apakah kesalahan yang dilakukan pengurus-pengurus kanan dari golongan profesional ini?

Biar pihak polis menyiasat.

Saya jangka akan ada lebih banyak serangan terhadap Tabung Haji pada minggu ini kerana perhimpunan 812 semakin hampir.

Saya juga baca laporan pada hari Ahad dari media Singapura yang dimiliki oleh kerajaan Singapura yang tiba-tiba memetik ‘orang dalam’ yang tidak dinamakan bahawa Tabung Haji kekurangan dana RM4 bilion.

Ini saya jawab di hantaran seterusnya. Sementara itu, ingin saya nasihatkan, usahlah terperdaya dengan dakyah serta propaganda PH yang mungkin tak senang kita membantu golongan asnaf.


Oleh : Najib Razak  #CelahGelegar


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel [BACALAH] Najib : Sebelum jadi Kerajaan, KEPAKARAN PH ialah Propaganda

Sekianlah artikel [BACALAH] Najib : Sebelum jadi Kerajaan, KEPAKARAN PH ialah Propaganda kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [BACALAH] Najib : Sebelum jadi Kerajaan, KEPAKARAN PH ialah Propaganda dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/12/bacalah-najib-sebelum-jadi-kerajaan.html

Subscribe to receive free email updates: