Judul : Masa Bangkang Semua Akta ZALIM, bila berkuasa Akta SUDAH TIDAK ZALIM
link : Masa Bangkang Semua Akta ZALIM, bila berkuasa Akta SUDAH TIDAK ZALIM
Masa Bangkang Semua Akta ZALIM, bila berkuasa Akta SUDAH TIDAK ZALIM
Saya masih ingat.
Internet dan rakyat juga tak pernah lupa.
Pada masa lalu apabila kerajaan BN meminda ataupun memperkenalkan akta untuk menjaga keselamatan rakyat seperti Akta Pencegahan Jenayah (POCA), deras pemimpin PH bantah.
Berlumba-lumba membuat sidang media.
Berpuluh kenyataan akhbar serta rencana dibuat, lengkap dengan poster. Lengkap dengan pelbagai perkataan:
Kerajaan zalim. rakyat ditindas. saya ialah diktator, kerajaan paling teruk, Hak kebebasan rakyat disekat dan sebagainya.
Rakyat diajak turun ke jalanraya untuk berguling dan bantah bersama mereka dan aktivis-aktivis sehaluan dengan mereka.
Skrip sama diulang untuk Akta Pencegahan Keganasan (POTA).
Begitu dengan akta SOSMA.
Begitu juga untuk Akta Hasutan, Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan sebagainya.
Mereka tuduh bahawa akta-akta ini zalim dan menindas demokrasi dan hak rakyat.
Pada masa itu, BN kata undang undang ini tidak boleh dimansuhkan kerana ianya penting bagi menjaga keselamatan negara.
PH kata kita tipu. Kata kita fitnah.
Malah dimasukkan sebagai janji manifesto PRU14 bukan kitab mereka untuk memansuhkan segala akta-akta ini.
Tetapi apa yang berlaku semalam ialah pengumuman bahawa kabinet kerajaan PH telah meluluskan untuk terus menggunakan semua undang-undang ini.
Tidak akan dimansuhkan lagi.
Alasan mereka: Ia penting untuk menjaga keselamatan rakyat disebalik segala dakwaan mereka undang-undang ini zalim.
Ini benar-benar lencun. Harap anda semua sentiasa bersedia dengan tuala.
Tuala good morning pun kena SST 10%.
Oleh : Najib Razak #CelahGelegar
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel Masa Bangkang Semua Akta ZALIM, bila berkuasa Akta SUDAH TIDAK ZALIM
Sekianlah artikel Masa Bangkang Semua Akta ZALIM, bila berkuasa Akta SUDAH TIDAK ZALIM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Masa Bangkang Semua Akta ZALIM, bila berkuasa Akta SUDAH TIDAK ZALIM dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/12/masa-bangkang-semua-akta-zalim-bila.html