Azmin "Gembira", Jumpa Adiknya Ummi Hafilda Di Acara Tun Dr M !

Azmin "Gembira", Jumpa Adiknya Ummi Hafilda Di Acara Tun Dr M ! - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Azmin "Gembira", Jumpa Adiknya Ummi Hafilda Di Acara Tun Dr M !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Azmin "Gembira", Jumpa Adiknya Ummi Hafilda Di Acara Tun Dr M !
link : Azmin "Gembira", Jumpa Adiknya Ummi Hafilda Di Acara Tun Dr M !

Baca juga


Azmin "Gembira", Jumpa Adiknya Ummi Hafilda Di Acara Tun Dr M !


SHAH ALAM: Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali terkejut, tetapi gembira melihat adiknya, Ummi Hafilda dalam acara kutipan dana yang dihadiri Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Beliau mengalu-alukan keputusan Ummi menyokong Dr Mahathir.

“Saya terkejut melihatnya hari ini dan gembira kerana rakyat menyokong kepimpinan Tun (Mahathir) dalam Pakatan,” katanya selepas melancarkan jentera pilihan raya PKR di Dewan Raja Muda Musa.

Azmin dilihat berbual sekejap dengan Dr Mahathir dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Ali, tetapi tidak menyapa Ummi yang duduk bersebelahan bekas perdana menteri itu.

Ditanya mengenai perkara itu, Azmin berkata, beliau perlu bergegas ke acara lain.

Terdahulu, Ummi dilaporkan berkata, beliau akan menyokong kepimpinan Dr Mahathir dan mahu menyertai usahanya memperjuangkan hak rakyat.

“Seramai 27 juta rakyat Malaysia tahu perkara baik yang dilakukan Dr Mahathir kepada negara.

“Beliau mungkin melakukan beberapa kesalahan ketika menjadi pemimpin negara dahulu, tetapi beliau bukannya Tuhan.”

Ummi menjadi tumpuan 20 tahun lalu, apabila memberi keterangan dalam kes perbicaraan liwat I DatuK Seri Anwar Ibrahim.

Beliau ialah pengkritik lantang pembangkang dan menyertai Umno dalam kempen pilihan raya mereka.

“Saya menawarkan kepada Dr Mahathir, saya akan jelajah satu Malaysia bersamanya untuk memperbetulkan persepsi negatif terhadap Dr Mahathir.

Ummi turut mengakui hubungan renggang dengan Azmin belum pulih, tetapi mereka berdua mempunyai matlamat sama untuk menjatuhkan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Ummi berkata, beliau membayar RM5,000 untuk duduk semeja dengan Dr Mahathir dalam acara kutipan dana itu.

Sementara itu, Azmin memberitahu hadirin pada majlis pelancaran jentera pilihan raya PKR yang ramalan kira-kira 2 dekad lalu mengenai PKR tidak akan bertahan lebih 6 bulan, terbukti salah.

Sindiran itu ternyata ditujukan kepada pucuk pimpinan Umno di bawah Dr Mahathir ketika itu, apabila parti pembangkang itu ditubuhkan, Azmin berkata, individu sama yang membuat ramalan itu kini akan bertanding di bawah tiket PKR.

“Dua puluh tahun berlalu dan orang yang membuat kenyataan itu akan menggunakan logo PKR untuk bertanding pada pilihan raya ,” katanya kepada 3,000 ahli dan pemimpin akar umbi PKR.

PKR ditubuhkan pada April 1999 selepas Anwar yang merupakan timbalan perdana menteri ketika itu, dipecat oleh Dr Mahathir.

Azmin dalam ucapannya berkata, PKR berjaya bertahan selama 20 tahun selepas menghadapi pelbagai cabaran.

“Apabila kita mengambil alih Selangor, Barisan Nasional berkata kita tidak mampu mentadbir negeri ini kerana PKR tiada pengalaman.

“Tetapi, kita membuktikan mereka salah. Kita mentadbir negeri ini dengan baik dan kita juga boleh menguruskan Putrajaya, jika mengambil alihnya,” katanya sambil menambah PKR sudah bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum ke-14. #sumber


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Azmin "Gembira", Jumpa Adiknya Ummi Hafilda Di Acara Tun Dr M !

Sekianlah artikel Azmin "Gembira", Jumpa Adiknya Ummi Hafilda Di Acara Tun Dr M ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Azmin "Gembira", Jumpa Adiknya Ummi Hafilda Di Acara Tun Dr M ! dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/04/azmin-gembira-jumpa-adiknya-ummi.html

Subscribe to receive free email updates: