Lim Kit Siang: PM, Gantikan Teori "RAHMAN" Dengan "MAHATHIR" !

Lim Kit Siang: PM, Gantikan Teori "RAHMAN" Dengan "MAHATHIR" ! - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lim Kit Siang: PM, Gantikan Teori "RAHMAN" Dengan "MAHATHIR" !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lim Kit Siang: PM, Gantikan Teori "RAHMAN" Dengan "MAHATHIR" !
link : Lim Kit Siang: PM, Gantikan Teori "RAHMAN" Dengan "MAHATHIR" !

Baca juga


Lim Kit Siang: PM, Gantikan Teori "RAHMAN" Dengan "MAHATHIR" !


PETALING JAYA: Banyak yang diperkatakan tentang teori atau ramalan “RAHMAN” bagi 6 Perdana Menteri pertama negara.

Kini, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang berharap ia akan diikuti ramalan “MAHATHIR” selepas pilihan raya ke-14 (PRU14).

Ramai percaya teori “RAHMAN” meramalkan 6 Perdana Menteri pertama Malaysia, dengan setiap huruf mewakili nama setiap pemimpin itu, bermula dengan Tunku Abdul Rahman, diikuti Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak.

“Biar teori ‘RAHMAN’ menyempurnakan ramalannya sehingga PRU14, dan mungkin ia digantikan teori ‘MAHATHIR’ pula untuk 8 Perdana Menteri akan datang.”

Lim bekata, 2 huruf pertama teori ini akan menjadi kenyataan jika Pakatan Harapan (PH) menggantikan Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan baru di Putrajaya selepas PRU14.

“Ini kerana PH memutuskan Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri ke-7, sementara Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-8 — memenuhi 2 huruf pertama ramalan ‘MAHATHIR’.

“Sama ada perdana menteri selepas Anwar menepati ramalan ini, hanya masa akan menentukannya,” kata Lim dalam ucapannya pada ceramah kopitiam DAP di Damai, Kota Kinabalu, hari ini. Salinan ucapan itu juga dimuat naik ke blognya.



Lim menolak dakwaan sesetengah pihak, beliau akan menjadi perdana menteri sekiranya PH memenangi PRU14. #sumber


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Lim Kit Siang: PM, Gantikan Teori "RAHMAN" Dengan "MAHATHIR" !

Sekianlah artikel Lim Kit Siang: PM, Gantikan Teori "RAHMAN" Dengan "MAHATHIR" ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lim Kit Siang: PM, Gantikan Teori "RAHMAN" Dengan "MAHATHIR" ! dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/04/lim-kit-siang-pm-gantikan-teori-rahman_9.html

Subscribe to receive free email updates: